Friday, October 1, 2010

Almon london pertama

dulu aku pernah baca ungkapan ni kat mana ntah:
Lelaki dan wanita diciptakan untuk saling lengkap melengkapkan...
lelaki untuk melengkapkan wanita, dan wanita untuk melengkapkan lelaki...

mana-mana yang kau tak boleh buat, aku akan tolong kau buat...
mana-mana yang aku tak boleh buat, kau boleh tolong aku buat...
•••
Aku kira, salah satu (salah satu ya, ini bermaksud bukan yang paling utama... aku kira kau faham maksud aku kan?) hobi yang paling aku gemari bersama isteri aku ialah berbincang dengan penuh berhemah. atau dengan sebutan lain - berdiskusi - (walaupun kalau kau ada sekali di situ kau akan mendapati ianya lebih kepada pertengkaran kecil sebenarnya)..

kali terakhir aktiviti perbincangan penuh berhemah ini berlangsung antara aku dan isteri seingat aku berlansung pada satu malam, di malam-malam terakhir Ramadhan baru-baru ini. seminggu sebelum raya... agaknyalah.

perbincangan berhemah mengenai kelebihan lelaki dan kelebihan perempuan.

perbincangan berhemah mengenai orang lelaki boleh buat tu, dan orang pompuan tak boleh buat..

perbincangan berhemah mengenai kelebihan orang pompuan dan kelebihan lelaki

perbincangan berhemah mengenai orang pompuan boleh buat ni, dan orang tak laki boleh buat

perbincangan berhemah mengenai apa yang orang pompuan buat lelaki boleh buat jugak

perbincangan berhemah mengenai apa yang lelaki boleh buat pompuan boleh buat jugak

perbincangan berhemah mengenai...

boleh!

Tak boleh!

boleh!

tak boleh!!!!...

ok! sekarang terpulang kepada kau nak definasikan ia sebagai perbincangan atau pertengkaran. sebab aku tetap mahu mengatakannya sebagai perbincangan walaupun ia sebenarnya lebih sesuai untuk pertengkaran... mana-mana lah.

dan perbincangan terakhir pada malam itu berakhir dengan aktiviti cabar mencabar... (mencabar tak aktiviti tu)

aku dicabar buat perkara yang orang pompuan buat (mencabar tak?)

dan sang isteri pulak dicabar buat perkara yang selalu orang lelaki buat (mencabar tak?)...

setelah berbincang beberapa ketika, atas dasar perikemanusiaan aku dicabar menyiapkan satu hidangan biskut ALMON LONDON untuk 4 hari beraya (mencabar tak?)... ok! fine! tak mencabar langsung sebenarnya...

***
lalu aku pun memendekkan cerita yang sebenar tak adalah panjang mana sangat ni,
- aku berjaya siapkan satu hidangan biskut ALMON LONDON dalam kuantiti untuk 4 hari beraya... berjaya ok... *dengan wajah yang teruja*

Almon london yang memang menyerupai Almon london...

dan tidak menyerupai kuih tart nenas atau bahulu...

di dalamnya ada sebijik kacang badam..

di saluti dengan tepung yang beramuan mengikut resepi sebenar almon london... (walupun tak berapa nak tepat sebab tak ada alat penimbang)

di saluti pulak dengan coklat masakan yang bewarna coklat gelap, yang pada mulanya ianya berbentuk sekeping besar dan aku tak tahu macamana nak cairkan -*lalu aku telepon sorang kakak opis mate aku memintak tunjuk ajar mcmana nak cairkan coklat masakan*

yang di balut pula dengan paper cup yang kecik dan cute bercorak bunga-bunga dan bintang-bintang..

yang siap pulak ditaburi kat atas dia dengan manik2 (atau apa-apalah yg orang panggil nama dia) warna-warni, halus-halus di bahagian atas...

rupa bentuk almon london yang aku hasilkan memang sangat perfect!!!!... tanpa sebarang cacat cela dan mempesonakan..

tapi, amat menyedihkan sebab biskut almon london hasil kerja tangan aku tu tak dapat dihidangkan pada tetamu masa beraya... kalau tak bolehlah aku berbangga dengan berlagak menunjukkan kat kawan-kawan "Tuh!.. almon london yang lawa tu, akulah yang buat"....

sang isteri yang bertindak sebagai hakim, mula-mula menge'test' almon london hasil usaha tangan aku tu.. tak komen apa-apa... hanya diam, walupun aku nampak muka dia macam nak ketawa sangat-sangat...

kemudian, aku pulak cuba menge'test' almon london hasil usaha tangan aku sendiri.. pun tak komen apa-apa.. juga hanya diam, tapi memang tak boleh tahan nak gelak...

kebetulan hari berikutnya ada abang aku datang dengan isteri dia nak berbuka puasa sama-sama...

kebetulan jugak dia ternampak biskut almon london aku yang comel dan berkilat-kilat masih tersusun di dalam dulang...

di capai sebijik...

di buang paper cup yang membalut...

lalu disuapkan ke mulut...

suspen...

berkerut-kerut...

Puhhhhhhhhhh!!!...

errrrkkk!!!..

.....

"Huh! Biskut ko nih, harap rupa je lawa... tapi dah boleh buat peluru buat lastik tupai. "....

huh!

Cehhh!!!!

komen tak membina langsung....

***
at least aku sahut jugak cabaran tu kan...

yang isteri aku tu, sampai sekarang tak terbuat lagi cabaran yang aku bagi :


"Tukar Tayar Kereta"....

hahah!!
...gila zalim tak aku....

hari tu ada jugak beberapa kali aku ungkitkan pasal cabaran tu kat dia..
tapi sekarang aku dah diamkan aje...
sebab aku takut... kalau tiba-tiba dia cabar aku:
Suruh menyusukan hero aku yang berdua tu pakai susu badan...

hah ngkau...

tak ke Haru!!!

3 comments:

theblabber said...

sweet la.
betul, kalau laki dan perempuan atau tepatnya suami dan isteri punya hobi dan atttidtude yg lebih kurang sama, hidup tentu akan jadi monotonous kan?

kem salam dekat anak-anak kembar tu ;)

vict said...

yeah! perbezaan pendapat tu yg buatkan hidup kita lebih meriah...

**anak2 kembar tu kata waalaikumusalam - dlm bahasa diorang yg hanya diorg je yg paham**

kin said...

lawak.. seyes..lol