Saturday, October 16, 2010

"Apa Yang Mereka Tidak Ajar di Harvard Business School"

Mood aku sebenarnya tak berapa baik sejak sehari dua nih.. tapi kau tahu, betapa bertuahnya kalau kau sedang mempunyai anak kau sendiri (dan isteri kau sendiri / suami kau sendiri), bila mana mood kau yang tak baik atau pun tak berapa nak baik itu akan berubah secara outomatik menjadi baik dan tidak degil bila kau memandang wajah-wajah comel anak kau yang bersih, mulus suci dari segala gejala noda, dosa dan maksiat..

sungguh! itu antara tuahnya memiliki zuriat sendiri...

so! aku cadangkan kepada kau yang sekarang dalam keadaan mood yang kurang baik atau tak berapa nak baik - segeralah miliki anak... secara halal ya... dan nescaya kau juga akan dapt menikmati suasana pertukaran mood secara mendadak itu bilamana kau memandang wajah-wajah anak kau...

kalau kau tak percaya, kau boleh cuba sekarang...

***
Ada sebuah buku di rak buku bilik aku...
ok, baiklah... yang sebenarnya ada banyak buku... tapi sekarang aku hanya mahu ceritakan pasal sebuah buku yang berada di antara buku-buku yang banyak itu...

"Apa Yang Mereka Tidak Ajar di Harvard Business School" (tajuk setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu)
adalah tajuk sebuah buku tu... dan buku tu jugak tidak pernah aku baca. Walaupun aku agak minat membaca, tapi buku ini langsung tidak menarik minat aku...

aku ingat dulu buku tu aku beli sebab harganya murah.. ada diskaun 70%...
ya! aku adalah seperti itu... satu tabiat adakalanya suka membeli barang yang aku rasakan murah walaupun aku langsung tak nak guna barang tersebut... buruk kan, perangai macam gitu.. ohh!!

buku tu ditulis seorang seorang yang berjaya dalam bidang pengurusan sukan; yang aku agak merupakan seorang lulusan Harvard Business School. Buku itu adalah mengenai pengurusan dari segi aplikasi. (aku tahu ni sebab aku baca kat back cover dia dan biodata penulis)

Harvard Business School ni kalau kau nak tahu adalah antara institusi terulung dalam melahirkan pengurus atau usahawan yang berjaya (kalau kau dah tahu pun baiklah kau buat-buat tak tahu).

Mungkin.. mungkinah apa yang diajar kat sana adalah ilmu-ilmu pengurusan yang terkini dan dapat pulak sokongan atau pun tunjuk ajar dari syarikat-syarikat multinasional yang berjaya.

Cikgu-cikgu yang mengajar kat situ mungkin adalah individu yang pakar dalam bidang masing-masing dengan bukan calang-calang kelayakan. Dan jugak budak-budak yang dapat belajar kat situ pun bukan calang-calang ke'terer'annya.. Jadi apa lah nak heran sangat kalau lulusan dari situ semua hebat-hebat dan otai-otai belaka...

Tapi, sehebat-hebat Harvard pun tetap ada kurangnya sebab dia juga manusia biasa... errrrr, maksud aku ciptaan manusia biasa.
Sehebat-hebat Harvard, tak semua perkara boleh kita belajar kat situ... Kat Harvard mereka tidak mengajar semuanya.
Apa yang diorang tidak ajar tu, tidak ada lah pulak aku ketahui. sebab buku tu aku beli je dan tak nak baca.....

mungkin sebab itu buku itu tajuknya macam tu.

agak pelik...

Tapi! kalau tajuk buku tu ditukar kepada "Apa yang mereka tidak ajar di universiti awam", barangkali aku tahu dan aku boleh cerita sedikit sebanyak...

Kalau dikumpulkan jawapannya secara kolektif, mungkin ada orang akan kata "banyak yang tidak diajar"

Mungkin juga ada yang akan kata "langsung tak ajar apa-apa"... :|

Ironinya, dunia kat luar ni, tak sama dengan dunia yang diajar kat universiti.

Kat universiti, semua pembangunan sistem adalah mengikut fasa. Di dunia sebenar ada sistem yang dibangunkan tunggang-terbalik.

Kat universiti, budak IT akan belajar benda-benda pasal komputer.... di dunia sebenar pulak, budak IT pun ada yang jual air tebu! Budak akaun pun ada yang tengah jahit manik labuci.

Kat universiti orang selalu sibuk-sibuk pasal peratus yang dapat kelas pertama sikit tapi kat luar tak ramai pun orang peduli.
Dapat kelas pertama tapi tak reti buat kerja tak ada gunanya. Baiklah dapat kelas dua tak kira bawah ke atas tapi tahu buat kerja.

Kat luar ni orang yang tak mengaji sampai universiti pun ada yang boleh buat kerja lagi hebat dari orang yang ngaji universiti.

Jadi kau rasa logik ke untuk berkata gagal di dunia luar (dibaca: penganggur) adalah kerana salah pihak universiti....???

Jadi aku perlu mengatakan begini:-
mereka tak ajar tentang perisian 'Indesign' masa 'budak tu' kat universiti dulu. Sebab tulah dah dekat seminggu mengadap 'Indesign' tapi tak reti-reti buat jugak lagi.

Semua tunggu nak kena ajar, apa guna ada otak?

p/s... aku dulu pun tak tahu pakai indesign ni... di ajar sikit je... yang lain-lain semua kena ikhtiar sendiri. Nak hidup, gitulah gaya dia... huhhhh... hangin betul dgn budak sorang tu.....

Thursday, October 14, 2010

Kopi cap kucing siam

Pertamanya, aku kira mereka adalah penuntut-penuntut di giat mara...

Mungkin di GIAT mara tidak diajar cara menulis blog (atau cara mencari idea)... lalu mereka pun melakukan aktiviti plaGIAT.. (sempena nama tempat pengajian mereka)

Tidak... tidak! aku tak maksudkan penuntut-penuntut di GIAT mara yang suka lalukan antiviti plaGIAT...

Tapi - kalau kau memang benar penuntut di GIAT mara, aku rasa kalau kau tak punya ilham nak menulis, kau bolehlah menulis tentang apa yang kau pelajari di GIAT mara tersebut..
mungkin kau boleh tulis tentang cara-cara nak repair enjin...
atau cara nak tukar minyak hitam..
atau cara nak tegangkan rantai motor..
atau cara nak tampal stiker pada helmet kau..

dan kau jugak boleh menunjuk ajar cara-cara nak masak meggi...

apa-apa lah...

Tapi tak apalah. kalau kau masih jugak tak punya ilham nak menulis sebuah karangan... aku izinkanlah kau mencetak hasil usaha aku ke tempat engkau...

jadi, tak apalah kalau kau rasa tak bersalah..

dan kalau kau rasa mcm bersalah, dengan ini aku umumkan segala tulisan aku kat sini aku dah wakafkan untuk kegunaan umum... dengan itu aku harap kau akan rasa tidak bersalah lagi... hmmmm...

**
Oh ya! aku sangkakan hanya tulisan-tulisan popular yang ditulis oleh mereka tg tersohor saja selalu jadi mangsa...
tapi, tak sangka sungguh... blog aku yg ala-ala hidup segan mati tak nak ni pun berkenan jugak untuk kau jadikan mangsa... hahahaha... kelakarlah kau nih... sungguh... aku ketawa sambil hentak-hantak kaki...

cuma aku harap kau memang benar-benar punya seorang isteri dan anak kembar... atau, setidak-tidaknya kau memang punya anak... dan tidak mandul...

tapi tak apa...
apa yang kau buat tu buatkan aku rasa aku jugak adalah seorang yang hebat seperti bloger-bloger lain... (berdiri bergaya sambil mencebik bibir dan menegakkan kolar baju)... terima kasih...
dan aku anggap itu sebagai satu penghargaan...

mungkin juga kau seorang penggemar kopi cap kucing siam....


apa-apa pun, sekali lagi aku cakap - aku tak marah.... sebab tak ada apa yang perlu dimarahkan. aku hanya terhibur... barangkali...


errrr... cerita pasal Seekor ayam, 2 orang budak lelaki kecik, sorang isteri dan seorang suami tuu.. nanti aku cerita di lain waktu...

Wednesday, October 13, 2010

Seekor ayam, 2 orang budak lelaki kecik, sorang isteri dan seorang suami....

Dulu-dulu.. bila mak tanya, kau tak nak sambung belajar lagi vict... aku dengan konfidennya akan jawab... "Tak pelah mak!, bagi lepas semua adik-adik yang lain dulu, pastu vict sambung lah semula"... dan aku merasakan tu adalah satu jawapan yang agak luhur lahir dari hati yang ikhlas (ikhlas tak ikhlas dulu)...

Kemudian bila ayah aku tanya soalan yang sama... aku pun dengan konfidennya akan bagi jawapan yang sama jugak.
Tapi kalau ayah aku bagi soalan yang sama dengan intonasi yang berbeza, aku mungkin jugak akan berikan jawapan yang sama tapi dengan intonasi yang berbeza... emmmm. jawapan selalunya akan sesuai ikut situasilah.

Kemudian seorang demi seorang adik aku dah lepas... errrr, maksud aku dah tamat mengaji.. errr, maksud aku sekali lagi dah tamat study... tinggal yg last sekarang yang bongsu ambik SPM tahun nih.

Lalu apa lagi alasan aku bila ditanya dengan soalan yang sama..
emmm..emmm..

ok!
Biar aku buat sikit kesimpulan.
yang sebenarnya, sejak dari dulu sampai kini pun, jawapan yang paling tepat utk soalan-soalan sebegitu ialah "Aku tak ada masa"... (baca as: MALAS)...

Jadi bila ada antara orang-orang terdekat dengan aku dah mula melangkah dengan berani dan semakin jauh tinggalkan aku menuju ke puncak kinabalu, kemudian ke puncak everest, kemudian sampai ke angkasa sekali pun, adalah tidak wajar sama sekali untuk aku cemburu. Kerana mereka semua telah berusaha dengan gigih untuk mencapai puncak dan atas usaha kerasa mereka-mereka itu, mereka-mereka itu memang wajar untuk mencapai puncak lalu melompat-lompat keriangan di atas sana sesudah memacakkan bendera... dan aku tak akan mencapai puncak-puncak itu sebab aku sendiri yang tak ada masa (sekali lagi, baca as: MALAS).

Tapi tak apa...
Sebab masih ada perkara yang aku boleh banggakan tentang diri aku, bila ada antara orang-orang rapat dengan aku (atau lebih tepat - orang yang aku sayang) dah berjaya mencapai puncak-puncak itu.
Penat lelah dia... terbayar..
Penat lelah aku juga terlibat sama...

Aku tahu, bukan perkara yang mudah untuk seorang ibu yang baru melahirkan anak lelaki pertama dan sejak dari berhabis pantangnya sehinggalah anak itu telah berusia setahun (lebih).. terpaksa meninggalkan anak itu, walaupun berat kaki untuk melangkah.. ohhhh!! (Aku harap ayat2 syhadu mcm ni akan beri sedikit effect pada jiwa kau yang membaca)...

Lalu pada masa inilah pengorbanan seorang ayah@suami pula diperlukan untuk menutup semua kerunsingan di hati ibu yag baru beranak itu...

Seperti seorang super hero...

Dia wajib muncul menyelamatkan keadaan...

Seperti super hero?????... (Woww)...

***
jangan kau fikir ini adalah yang mudah ya... bila di waktu lewat malam, bayinya menangis.. rumitnya dia perlu susukan bayi (bayi-bayi) itu, sedang kan di masa-masa itu dia sedang mengarang tesis @ study sebab esok nak exam...

Oh simpatinya...

ada masanya tak dapat membantu...

sebab walau sehebat mana pun seorang super hero... andai dia seorang lelaki, dia tetap tak boleh lakukan apa yang seorang ibu perlu lakukan.... - menyusukan anak - guna susu badan... (kau boleh ke?...)

tapi itu cerita dulu... cerita hari tu...
kemudian bila si bayi tu dah menginjak umur, si ayah@si suami@ si super hero dah boleh membantu...
senyum bangga sebab boleh jugak menyusukan anak...

errrrr!!!

maksud aku bila susu-susu yang lain selain susu badan pulak dapat membantu...

maka setiap malam berikutnya, si ayah@si suami@ si super hero itulah yang mendodoikan bayi (bayi-bayinya) sambil menyanyi lagu tepuk amai-amai... atau lagu nenek2 si bongkok 3... atau pun kalau dah tengah malam sangat, sambil layan mamai mengantuk boleh pulak dodoikan pakai lagi Ziana Zain... sesekali tu lagu Faizal Tahir....sesekali tu Ning Baizura... (masa tu maher zain tak glamer lagi macam sekarang)...

Dodoikan sampai lena... atau pun, belum sempat apa-apa lagi, si bapak pulak yang lena dulu...

(aku tahu dia sedih bila anak-anak tak berapa rapat dengan dia)...

Ok! kau tak payahlah tanya, banyak mana masa kena korbankan... duit gaji... tenaga jugak... (tenaga batin jugak sekali sekala)...

Tapi semuanya sangat berbaloi... penat lelah dia, dan penat lelah aku... masa-masa dia dan masa-masa aku... duit-duit dia dan duit-duit aku, tenaga zahir dia dan tenaga zahir (dan sedikit batin) aku... Usaha-usahanya sejak beberapa tahun kebelakangan ni, semuanya membuahkan hasil. Dia telah mencapai puncak impian...

Sungguh! aku tumpang bangga, dengan rasa bangga yang sangat-sangat...

Bilamana... sejak berapa hari yang lepas

dengan rasminya...

dia dah memiliki MASTER

cuma akulah yang masih melangkah dgn degree yang tak seberapa tu (tiba-tiba rasa diri mcm kecikkk je kat tepi bini)...


tahniah untuk isteri ku...
20 kuntum mawar merah untuk mu... dan 2 ekor teddy bear untuk baby-baby berdua tu - sebab mula-mula nak beli teddy bear tu utk isteri, tapi budak2 tu pulak dok berebut... nak tak nak kena beli sekor lagi... ta **tak pe lah, pikir-pikir balik, tak payahlah beli teddy bear utk isteri aku, sebab aku tahu dia dah ada teddy bear yang lagi sedap buat peluk.. Ngeeeeeeeee**

Ahhh... aku dah boleh tidur lena semula


p/s: aku rasa pasal tajuk entri tu, ceritanya akan aku ceritakan pada entri berikutnya.... yang ni baru intro
- kau dapat tangkap tak apa maksudnya...