Saturday, November 13, 2010

Makan malam berlampu lilin...

Uhh!! memang langsung tak kena bunyi tajuk entri nih lepas di melayu kan... makan malam berlampu lilin??? eeee... kenapa pelik betul bunyinya...
huh! "Apa punya neraka"...

Baiklah, mari kita lari dari tajuk... dan intro yang bunyi macam tak intro tuh... selalu je susah hati nak pikir pasal intro... bukannya ada orang kisah pun.

Ok! mari kita teruskan...

--- Kalau kau nak kata aku sebenarnya seorang yang romantik (baca as: jiwang). aku dengan ini ingin menafikan sekeras-kerasnya pendapat kau itu...
ok!
fine!... bukan menafikan sekeras-kerasnya laaa, tapi nak nafikan dengan kadar tak berapa keras.
sebab dulu masa aku tak kawin lagi aku memang sedar akan sifat ketidak romantikan aku...
telefon awek, sms awek, dating dgn awek... semuanya lebih bersifat 'kayu'... tak adanya nak bagi bunga, coklat@ pujuk-pujuk rayu yang segala bagai tu...

tapi sekarang...

atau lebih tepat lagi sesudah kawen..

atau lebih tepat lagi sesudah jadi bapak...

aku pun tak sedar, bila dan dari mana sifat-sifat (romantik lah kononnya) tu mula menjadi diri aku.
atau pun kalau aku pusing ayat tu ke arah yang terbalik - "aku pun tak sedar bila diri aku mula menjadi sifat itu (romantik lah kononnya)..." **kau boleh nampak kan perbezaan ayat ni dgn ayat kat atas?.. tapi takpe, masih membawa maksud yang serupa**

errr.. never mind.

Semalam telah menjadi salah satu dari hari yang sangat menggembirakan aku...
hari ni pun masih lagi gembiralah, tapi rasa teruja tu dah kurang sikit berbanding semalam...

kenapa semalam boleh jadi salah satu dari hari yg sangat menggembirakan aku?..
sebab semalam,
petang,
masa kat tempat keje,
isteri aku call,
dan bagitau dia ngandung lagi... usia sebulan (lebih)...

Gilalah aku teruja... walaupun ni kali yang kedua...

walaubagaimana pun terujanya, masih tak boleh lawan rasa teruja bila dapat tahu aku akan jadi bapak untuk kali pertama dulu.. 2 tahun dulu...

kau tahu, masa tu, bila doktor kata "Tahniah - Puan dah mengandung 2 bulan" dekat isteri aku, aku macam tak boleh kawal diri, boleh melompat lompat dalam bilik doktor tu... giler budak-budak tak perangai aku... lepas tu, mahu dekat seminggu aku dok tersenyum tak berenti.. dok sorang-sorang - senyum... dok ramai-ramai orang pun - senyum... masuk bilik air - senyum...tengok muka kat cermin - senyum... makan kat restoran - senyum, makan kat kfc pun - senyum... senyum, senyum senyum dan terusss senyum...
peduli apa orang nak kata aku sawan ke, mabuk ke, tak cukup ke., pasal aku terus senyum. katalah nak kata apa pun.. ada aku kesah. kau semua tak rasa betapa bahagianya aku masa tu.. Ah! pengalaman maha hebat, hari-hari tanpa dukacita...

yeah!

bukan aku sorang je pernah lalui pengalaman hebat tu... ramaaiiiii lagi dah merasanya. dan yang masih belum merasa, InsayaAllah, satu masa kau jugak akan rasa, betapa bertuahnya kau bila dipilih untuk melalui sebuah alam perkahwinan...

aku tak reti jelaskan...

ya!
sebuah rasa bahagia yang tak reti aku nak terjemahkan... so! untuk keterangan yang lebih jelas, aku syorkan kepada kau untuk segera berumahtangga.. dan kau akan sentiasa melalui pengalaman-pengalaman bahagia yang sangat hebat...

ok! boleh pergi menikah sekarang....
.......

emmm!! mari kita kembali kepangkal jalan...

begini!

setelah aku lalui pengalaman pertama kali dapat tahu yang aku akan menjadi bapak, aku mula sedar - aku tidakla se'kayu' mana sangat dalam bab-bab romantik (baca as jiwang)... rasa bahagia tu, buatkan aku sangatttttt berterima kasih kat isteri aku...

sebab tu..
aku pun mulalah membeli jambangan-jambangan bunga... (ish! malu nak ngaku)...
dan coklat...
dan jambangan bunga lagi...
dan bunga rose sekuntum... merah...
dan jambangan bunga lagi... dan lagi... dan lagiii...
semuanya untuk isteri aku tu... yang dalam perutnya sedang membesar anak aku...
(coklat, aku tak berapa beri coklat kat dia, sebab selalunya kalau aku beri, aku jugak yang makan... heheh)...

kau tahu... kalau kau sudah beristeri... selalu-selalulah bagi bunga kat dia... kau boleh tengok perubahan wajah dia yang ala-ala gembira-terharu-macam nak nangis- tu...
tapi kalau kau jenis yang ada banyak duit, kau bolehlah belikan dia cincin emas putih habib jewel... atau kalau kau ada lagi banyak duit, boleh jugak kalau kau nak bagi kalung mutiara, atau pun kalau ada lagi banyak duit, bolehlah jugak kalau kau nak bagi kereta sebijik dua... aku pasti setiap apa pun yang diberi , akan diterima dengan wajah teruja.. sungguh... kalau tak caya ko boleh cuba..

aku pun macam tak boleh nak lupa riak wajah terkejut isteri aku bila mula-mula dapat jambangan bunga-20 kuntum-rose-merah yang aku bagi...

aku tahu...
masa tu mesti hati dia kata "Dah buang tebiat ke laki aku nih... tak pernah-pernah bagi bunga, tetiba bagi bunga... tapi!! tak pelah... dah orang bagi tu - ambik jelah, jangan nak banyak songel"... gitulah lebih kurang kata-kata hati dia.

aku pun masa tu macam tak percaya jugak dengan apa yang aku mampu buat... tapi yelah... sedangkan sungai lagi berubah kan. inikan pulak hati orang...
kalau aku tak buat, sampai bila-bila pun aku tak akan buat... so, aku kena mulakan langkah pertama barulah aku boleh meneruskan langkah-langkah berikutnya... (wahhhhh!! - bunga2)..


**eh! kejap-kejap!!, nak tengok majalah 3 jap... lepas ni aku sambung balik***

...
...
...

Ok.. dah habis dah majalah 3.. kisah pasal gunung merapi yg meletus baru-baru nih. Majalah 3 memang best. suspen. sebuah pengalaman mahal bagi kru2 majalah3 bila dikejar awan habuk akibat letusan yang baru berlaku ketika mereka bersiaran kat kawasan yang begitu hampir gunung merapi. dapat lihat wajah suspen dan pucat pangacara ketika di dalam van... sebak melihat tangisan wanita tua yang kematian suami... Sebak juga bila menonton seorang wanita yang baru sedar dari pengsan, lalu terus bertanya tentang anak dan suami... kemudian terus tunduk menangis bila pasukan penyelamat menjelaskan keadaan anak dan suami wanita tersebut yang masih tidak dijumpai (moga-moga mereka dalam keadaan selamat)...

Kesian dengan jiran kita yang dilanda ujian yang begitu hebat, dulu diserang air, sekarang diserang api.... dan.. ehh!.. bencana kali ni tak kurang hebatnya berbanding tsunami tempohari...
errr... eh! aku nak citer pasal apa sebenarnya nih...

ok!

kembali ke pangkal jalan...
kat mana kita tadi... pasal rasa teruja tu kan.

ok, mari teruskan.
yang macam aku ceritakan tadi tu adalah hanya sebahagian dari pengalaman sangat bahagia sesudah kau berumahtangga... belum cerita pasal pengalaman pertama memangku baby... anak sendiri... darah daging sendiri.. fuhhhhh... kau tahu, Tuhan je yang tahu betapa hebatnya perasaan hebat yang kau rasa bila pertama kali kau menyentuh bayi milik kau sendiri... huh!...

itu adalah sedikit dari pengalaman pertama aku bila dapat tahu aku bakal menjadi bapak...
semalam adalah pengalaman ke dua.
dan kali ni aku tak mahu bagi bunga-bunga (bunga-bunga cinta).. aku nak buat suprise yang lain pulak untuk isteri aku.

eh! cukuplah dulu ya... ada kerja sikit nak buat... aku post dulu entri nih, nanti aku sambung balik semula cerita ni kat entri berikutnya...

heheh.. boleh kot???

Friday, November 12, 2010

Syukur...

I'm pragnent...

again...

teruja gilerrr... nak jadi abah sekali lagi.

tak dapat berenti senyum nihh... dah lama tak rasa teruja ginih...

papepun, syukur Alhamdulillah...