Saturday, November 20, 2010

Comelnya anak engko...

Baiklah... sekiranya kau semua merasakan tajuk pasal comel tu ditujukan kepada anak-anak aku, oleh kawan-kawan aku, aku rasa baik kau fikir semula sebab anggapan kau tersebut memang salah.. sama sekali salah...

lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan kepada anak-anak aku, oleh kawan-kawan isteri aku pulak, itu pun aku nak suruh kau fikir semula sebab anggapan kau tersebut jugak tak betul... sama sekali tak betul...

Lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan oleh aku kepada anak-anak kawan-kawan aku pulak, itu pun kau tak betul jugak. jadi lebih baik kau fikirkan jawapan yang lain pulak...

dan lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan oleh isteri aku kepada anak-anak kawan-kawan isteri aku, itu jugak kau tak betul..

lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal... err... errr.. pasal comel tu.. errrr...

ok! baiklah...
sedang melalut memutar belit nak bagi panjang entri sebenarnya.
errr...
ok tak teknik-teknik memanjangkan karangan mcm kat atas tu... pasal satu intro yang tak berapa nak hebat tapi diulang-ulang... dengan isi yang berbeza sikit-sikit... sebenarnya, ni bolehlah dibuat sebagai teknik menjawab karangan bahasa melayu SPM - yang tidak melebihi 360 patah perkataan. kau bolehlah cuba.. kalau kau rasa masih tak cukup panjang berjela, bolehlah diolah lagi ikut suka kepala otak kau pulak..
contohnya seperti : kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan oleh emak aku kepada aku... errrr...
ok! ok!.. dah meluat
aku stop melalut...

mari terus kembali kepangkal jalan...

masa hari raya yang lepas... raya kedua, waktu dok layan anak-anak tengok cerita katun kat rumah mak aku. sebelum tu layan anak-anak sedare tengok citer sifu & tongga untuk kali yang berapa ntah..
kali yang 79 kot.
tak pun kali ke 78...
atau pun kali ke 80..
gitulah kot lebih kurang jumlahnya..

ok! nevermind.

masa raya ke dua, tiba-tiba... rumah aku dikunjungi satu keluarga. ya, satu keluarga yang datang nak beraya... beraya lah kot... kalau kata datang nak meminang macam tak berapa nak tepatlah pulak sebab tak nampak pulak sirih junjung dengan dulang-dulang lain yang segala bagai untuk diguna masa orang meminang tuh...

okeylah... teruskan ya. jangan suka melalut.
aku yang masa tu dok tengok tv, layan anak-anak tengok katun... teruslah dokong anak-anak aku guna tangan kiri dan kanan. - ko tau lah budak kembar yang tak de kerja lain asyik nak jeles je sesama diorang... kalau sorang kena dokong, sorang lagi mesti meraung nak dokong sama... pastu kalau yang sorang aku letak suruh bejalan sendiri, sorang lagi pulak meraung nak suruh diletak sebab nak jalan sendiri sama... hish!...

okey... teruskan.
sebab kunjungan tu. aku pun bawak lah anak-anak aku ke ruang dapur... tak naklah anak-anak aku buat kacau orang-orang tua besembang.. ambik benda tu, tarik benda ni, tumpahkan sirap orang tu, lempar biskut kat budak ni... maklumlah bebudak baru belajar nak jadi ganas...
ntah menurun perangai sape ntah...
rasanya bapak diorang baiikkkk je perangainya... mana suka buat kecoh nak tunjuk hero kat orang yang datang betandang. apatah lagi kalau yang datang tu ada bawak ana-anak dara yang agak-agak menawan kalbu. lagilah bapak budak-budak berdua tu tersipu-sipu siput...
almaklumlahkan...
pemalu...
ni menurun perangai umi diorang kott...

yang datang bekunjung satu family tu rupa-rupanya kawan mak aku yang dah lamaaaaaaaa tak jumpa.

kawan masa sekolah dulu... (okey! yang ni aku reka).

mereka sebenarnya, anak-anak jiran nenek aku kat kampung dulu (yang ni pun aku reka jugak)..

sebenarnya, salah seorang dari mereka adalah bekas awek ayah aku masa dia bujang dulu.. (ok! nampak gayanya, fakta rekaan kau nak makin nak melampau... apa kata kalau kau stop reka-reka andaian tu sekarang..)

baiklah.
tak kisahlah siapa pun mereka, mereka adalah kawan-kawan lama mak aku. kawan masa muda-mudi dulu, sampailah ke zaman tua-tui sekarang....

lalu duduklah mereka seperti orang-orang yang datang nak beraya.. bukak balang biskut tu, suap biskut almon london nih.. makan ketupat cecah rendang... makan nasik dagang..
alah..
macam biasalah.
macam kebiasaan oarang datang beraya. tak yahlah aku nak cerita sebijik-sebijik kot.

aku pun yang masa tu dah hantar anak-anak kat umi diorang, keluarlah semula nak bersalam dengan tetamu.
anak yang baik kan. nak buat macamana lagi. gitulah perangai dia.

seb baik yang datang tu berdua je... sepasang suami isteri tanpa anak-anak... kalaulah masa tu diorang ada bawak anak-anak dara sekali. mesti aku masa tu kemalu-maluan, tersipu-sipu siput jalan sambil berbongkok ala-ala lelaki melayu terakhir.

Aku pun bersalam dengan makcik dan pakcik tu tanpa mengharapkan sebarang duit raya... ...

lepas tu duduklah kat situ sekejap... kejap je...

Tetiba makcik tu boleh tanya kat mak aku...

"Ni anak ko yang mana ni Ani?"...

"Vict! anak yang nombor 4.. yang lain-lain tak balik pun"... jawab mak aku tanpa rasa gugup.

"Vict!!.. Uih, dah besar... dulu makcik jumpa ko, kecikkk je lagi"...
makcik ni pernah jumpa aku... bila??... aku cuba ingat balik zaman aku kecik-kecik dulu...
tapi, sumpah aku tak hengat... makcik ni sape...

tiba-tiba dia bagi statment nih... "Comelnya anak engko yang nih... dah tinggi"... (aku kasi bold biar jelas)

mak aku cuma gelak..
aku senyum tersipu-sipu buat mulut macam siput... bangga dan kembang.. heheh..

sebenarnya aku wonder jugak...
lepas aku dah berbini dan beranak ni ramai pulak yang kata aku comel... hensem.. lawa.. dan watsoever yang sama waktu dengannya... masa aku bujang-bujang dulu takde sape pulak nak puji.

"dah kawin anak ko yang nih"... tanya makcik tu lagi.

aku macam nak tersedak..

"Dah... dah beranak pinak dah pun... tapi takpe, baru sorang bini dia, masih ada 3 tempat kosong lagi..."

"Oh! ye ke?... ko tak kisah ke kalau dapat kawen 2 orang vict.. makcik ada anak dara sorang, bekenan makcik nak jodohkan dengan ko" kata makcik tu..

"Ehh! ye ke makcik... saya tak kisah. saya suka, bak orang-orang tua kata... kecik tapak tangan stadium merdeka saya tadahkan.. bila nak dijodohkannya"... aku jawab dengan tak sabar-sabar..."

**baiklah, ayat yang bertulisan merah tu jangan percaya ya aku tipu .**

aku tak tahu apa sebenarnya yang diorang bualkan lepas tu... sebab aku dah mintak diri. tak nak kacau orang-orang tua besembang...
lagi satu aku dah kembang pasal makcik tu cakap aku comel... heheheh...

oh ya!! pasal tajuk tu... bukan ditujukan kat anak aku ya...
tapi dekat aku...

aku comel!!... ohh riaknya...

Monday, November 15, 2010

Jom kita sambung balik...

Entri lepas yang tak habis tu...
Aku rasalah, bila kau dah baca pasal tajuk dia... tentunya kau dah boleh agak apa dia suprise yang aku nak buat isteri aku tu kan.
Ya!... kalau kau dah beoleh fikir macam tu - kau memang bijak...

Makan malam berlampu lilin
**sumpah tak best bunyi dia**

Mari kita sambung semula ya...
......

Dulu kami pernahlah buat rancangan tentang jumlah anak yang kami nak...

ok!
sebenarnya kami masih belum buat sebarang keputusan tentang berapa orang anak yang kami perlu ada...
yelah, macamana nak hadkan kuantiti, bila kelahiran pertama pun aku dah miliki 2 anak.
mana tahu kalau kelahiran kedua nanti anak aku akan jadi 4 pulak... hahah... Kuasa Allah kan. Kalau masih rezeki nak di anugerahkan rezeki kembar jugak - comfirm sekali lagi aku tak boleh berenti tersenyum.

errrr...
kau faham maksud aku kan?

Jadi apa sebenarnya yang kami dah rancang...
hmmm, rancangan kami tu, anak kedua (kelahiran kedua), kami rancang akan berlangsung setelah anak pertama tu berusia 2 tahun.
Maksudnya, lepas hero yang berdua tu berumur 2 tahun, baru isteri aku boleh mengandung lagi.. heheh..
rancangan jelah.
tak serius pun..
pasal kita ni hanya boleh merancang je.
Rancang macamana sekali pun, Allah jugak sebaik-baik perancang...
setiap rancangan kita pun dah termasuk dalam rancangan DIA jugak...

So!! Syukur Alhamdulillah sangat-sangat...
Rezeki yang sangat hebat tu dah diberi lebih awal dari waktu rancangan aku dan isteri...

Alah!!
Lagipun dah tak lama dah.... lagi 2 bulan lagi genaplah 2 tahun umur anak aku... 2 bulan je lagi. tak lama mana pun.

So!! untuk rezeki terbaik yang telah diberi 2 bulan lebih awal dari waktu rancangan ni, Sekali lagi aku buat suprise untuk isteri aku.

--
Dulu2, aku ada pernahlah tanya kat isteri aku, kalau nak makan-makan, kalau nak buat pilihan, mana satu yang dia suka, makan yang dimasak sendiri (oleh aku) atau makan kat restora-restoran mahal atau hotel berbintang-bintang... (sekali sekala lah)...

Bangga aku tau bila dia jawab dia lebih pilih untuk meminati makanan yang di masak sendiri (oleh aku), berbanding yang dimasak oleh chef2 hebat di restoran-restoran mahal atau pun hotel berbintang-bintang...

peduli apa aku kalau jawapan pilihan dia tu semata-mata sebab nak jaga perasaan aku, atau pun nak bodek aku, atau pun sebab nak berterima kasih kat aku sebab bagi dia bunga...
aku tak pedulilah apa pun sebabnya...
yang penting - aku rasa macam bangga semacam je.

Walaupun, hakikatnya, aku ni dalam bab masak memasak ni markah dia selalunya kira markah nyawa-nyawa ikan je.
Kalau masak kari tu, kira dah mujur sangatlah kalau ada rupa kari (walau pun sipi-sipi je)...
Tu baru bab rupa... belum bab rasa lagi.. hahah!!.
So! aku nasihatkan dekat kau, jangan cuba nak rasa apa yang aku masak... bukan apa... aku takut kau mabuk je nanti. payah pulak aku nak bawak kau pegi klinik...

Ok!.. kita teruskan lagi ya.
So! disebabkan jawapan isteri aku, yang ala-ala nak perli - tapi aku tak peduli - tetap nak bangga jugak tu. So, sempena berita gembira kali kedua ni, aku memilih untuk buat suprise kat dia- berupa menyediakan satu set hidangan makan malam - yang di masak sendiri oleh aku...
ya!
baiklah... siap dengan berlampu lilin sekali...

So!...
mari kita pendekkan cerita...
- Malam itu aku tak bagi dia turun ke dapur... sila dodoikan kedua-dua anak sampai tidur sebab aku taknak ada sebarang gangguan. samada dari segi fizikal mahu pun emosi...

"Abang nak masak!!... jangan masuk ke dapur selagi abang tak panggil"....

Dia buat muka kompius... angguk tidak, geleng pun tidak... "biar betul laki aku nihhh"... (aku rasa itulah ayat yg bermain difikirannya...

So!!!.
"Chef sedang bertugas... Jangan kacau"... gituuuuu...

Menu pilihan.
Aku pilih untuk memasak nasik goreng kampung je... heheh..
bukannya apa... tu lah makanan kegemaran isteri aku yang sebenarnya (iye ke? bukan dia suka makan mee tomyam ke)...
Ok! baiklah... tu makanan kegemaran aku sebenarnya...
....
....
Ok lah. tak baik menipu...
Tu bukan lah makanan kegemaran isteri aku... bukan jugak makanan kegemaran aku...
abis tu, kalau bukan makanan kegemaran isteri aku dan bukan makanan kegemaran aku.. apesal pulak aku pilih nak masak benda alah tu...

hahah!!

jawapan mudahnya begini...

sebab dalam banyak-banyak masakan,
hanya itu yang aku mahir... oh!! (betapa jahilnya diriku ini)

menu-menu lain tu aku tahu setakat melepaskan batuk ditangga jelah... - so! takyah lah nak ambik risiko rujuk buku resepi nak buat lamb chop, atau chiken chop atau beef stick dgn sos lada hitam ke atau pizza hut, atau kueh lapis ke...
belum tentu nak jadi.
takyahlah ambik risiko kan... buat mana yang aku tahu, sudehhh...

oh ya... selain nasik goreng kampung, aku jugak mahir memasak maggi, nasik, air dan jugak telor.. - giler melampaulah kan, kalau untuk 'makan malam berlampu lilin' aku masak maggi kari je... agak-agaklah...

**
mari kita pendekkan cerita sekali lagi...

setelah melalui beberpa penyeksaan.. aktiviti masak memasak selesai... aku bukan setakat goreng nasik goreng kampung je tau... aku goreng keropok, telur dadar, telor mata kobau, dan aku jugak memotong timun... hahaha... hebat tak aku?...
Di samping itu aku jugak buat air sirap limau... dan menumbuk sambal belacan...
(mulai esok... aku berazam... aku akan bersungguh-sungguh belajar memasak)


meja aku sediakan... hias seadanya... lampu dapur aku matikan, biar jadi malap hanya dibantu dari lampu dari ruang tamu... lilin panjang berbentuk macam digulung-gulung warna silver yang aku beli kat ikea dulu aku hidupkan...
dan jugak..
kalau sebelum ni aku rancang tak nak bagi dah bunga-bunga tu semua, rancangan tu aku tarik balik... sejambak lagi bunga rose kaler merah campur pink aku sediakan... untuk dia...
(seronok okeyy!! bercinta, beromantik selepas kawen... - kalau tak caya, kau boleh cuba)

- so, majlis makan malam berlampu lilin pada malam itu berjalan lancar dengan jayanya... walaupun kedua-dua hero tu tak berjaya ditidurkan, diorang tak pulak banyak buat kacau.. setakat melalak bila si adik gigit bahu si abang dan setakat meraung bila si abang baling botol susu kena kepala si adik tu - hal biasalah... lain-lain hal, diorang tak bermasalah sangat...
faham pulak mak-bapak diorang nak berdating...

Sepanjang masa makan tu, aku pasangkan lagu hijjaz... "Permaisuri Hatiku"... serius best lagu tu. Kau boleh download sekarang kalau kau nak dengar...

malas nak ceritakan pasal reaksi isteri aku bila tengok hidangan yang aku sediakan walaupun hanya seadanya sahaja... aku rasa kau boleh fikir macamana reaksi dia... walaupun hanya disediakan nasik goreng kampung sahaja...
makan siap bertambah okey...
tapi ada 2 maksud kalau makan bertambah ni...
1. sebab sedap
2. sebab lapar....

aku lagi suka pilih pilihan nombor satu walaupun lebih berciri-ciri mengangkat diri sendiri...


aku dah makin romantik kan???
heheh...

--tengah dok fikir, apa suprise nak buat untuk berita gembira kali ke tiga nanti...
mungkin boleh buat Candle light Lunch!!! atau candle light breakfast... hmmmmm...