Thursday, November 25, 2010

Sape nak jadi jutawan...

Baiklah..
mari kita kembali ke mood sediakala...

bertemu kembali... (ala-ala buletin utama lepas iklan)

untuk perubahan mood saya mulakan dengan satu mukadimah berunsurkan falsafah (sarap)... .. **apesal selalu selalu guna 'aku' kali ni nak guna 'saya' pulak ni**.. eh! sukati aku lah! ehh! sukati sayalah nak guna apa pun...
- alaaaa, kasi canlah saya nak feeling mcm budak baik pulak guna 'saya'. dulu masa kecik-kecik dulu, bila ber'aku' je terus kena tegur dengan budak-budak pompuan... lebih kurang macam ginih- eh! tak baik awak cakap aku, nanti jadi hantu paku -
hantu paku kan. rasa mcm ngerilah pulak nak bayangkan macaman rupanya hantu paku... mungkin kah hidung dia berbentuk paku... atau ada tanduk tajam macam paku... tak pun gigi taring dia tajam-tajam macam paku... atau pun kuku-kuku dia panjang bentuk paku... atauuuu.

ok! baiklah mari kita lupakan, takyahlah kau nak rajin-rajin buat kajian pasal hantu paku... pikir2 pasal hantu, dah lah penakut namampos...

lepas tu, dulu masa kecik-kecik dulu bila ber'saya' je terus kena tegur dengan budak-budak jantan pulak... lebih kurang macam ginih "EEEee!! ko janganlah sebut-sebut 'saya'.. nanti jadi hantu raya"...
pulak dahh..
huh!! dilema sungguhlah jadi budak-budak ni. serba-serbi takut nak buat takut jadi hantu... sebab tu lah masa saya (hah! nanti jadi hantu raya) masa kecik-kecik dulu tak ber'aku', ber'saya' sangat dgn member-membar... lebih kepada ber I, U, I, U.. gituuu...
well..

okeh nevermind.
saya cakap nak mulakan dengan mukadimah berfalsafah (sarap) tadi kan... .. kan..
mulakan falsafah tu sekarang, takyah nak buang masa oranglah..
ginih: " Kesedihan itu dicipta bukan untuk dikenang-kenang.. tapi untuk dilupakan"...
hah! gituu boleh.. falsafah ni merujuk kepada entri sebelum nih... so bila aku cakap, eh! aku pulak.. saya cakap, kesedihan tu untuk dilupakan, mari kita lupakan pasal kesedihan sekarang... SEKARANG!!!...

Baiklah... untuk sesi melupakan kesedihan ni, nak tak anda kalau saya ajarkan macamana nak jadi jutawan dengan kadar yang cepat.. dan selamat... dan mengembirakan boleh pergi hanimun.

teknik ni sangat berkesan dan memang menjadilah kalau kau rajin nak buat... sebab dalam beberapa hari lagi, atau dengan kata yang lebih tepat - lusa.. err! lusa hari sabtu kan? ok tak.. hari ahad nanti saya akan menjadi jutawan. dengan kadar segera, dan dengan kadar segera jugak akan kembali menjadi normal (normal bermaksud tidak jutawan lagi)...

So!! "Who wants to be a millionaire"... **baca dengan gaya sebutan jalaludin hassan (dah datuk dia kan). Ok! Datuk jalaludin hassan masa mengacarakan rancangan "Siapa mahu jadi jutawan"..
** tapi!!!!, kejap! kejap! - kalau dah mengacara "Siapa mahu jadi jutawan" kenapa mesti kena sebut "Who wants to be a millinaire".
yelah! yelah! ko ni banyak tanya. saje je nak panjang-panjangkan entri aku... saya tukar balik ayat kat atas tu : So! "SIAPA MAHU JADI JUTAWAN"**baca dengan gaya sebutan jalaludin hassan (dah datuk dia kan). Ok! Datuk jalaludin hassan masa mengacarakan rancangan "Siapa mahu jadi jutawan".. **dan kau boleh diam sekarang jangan tanya apa-apa lagi nak panjangkan story**

saya bakal menjadi jutawan... atau dengan kata yang lebih mudahnya: "SAYA BAKAL MENJADI JUTAWAN"... ** apa perbezaan ayat ni mengunakan kata susah dengan kata lebih mudah tu...** - oh ya!! kata yang lebih mudah tu saya guna caps lock... ah! okehh!!

mari saya jelaskan bagaimana caranya nak jadi jutawan. ambik pen dengan kertas dan salin sekarang...
saya terangkan dengan cara yang simple takyah detail-detail sangat... sebab memang senang sangatlah nak paham...
begini caranya: kau boleh buat serta-merta masa hari kau nak jadi jutawan tersebut... contohnya, kalau esok kau nak jadi jutawan, maka esok kau perlulah segera ke KLIA..
KLIA tau.. LCCT pun orait jugaklah... kalau nak guna tongkang pun boleh je sebenarnya...

pastu pegi kat kaunter MAS..atau AIR ASIA atau pun GARUDA.. belilah tiket untuk penerbangan ke INDONESIA... pastikan bawak segala keperluan yang wajib, seperti kad pengenalan, pasport, anak dan isteri, bagasi, camera digital dan beberapa keperluan lain dan yang paling wajib sekali, wang tunai yang cukup... dan kau perlulah ke Indonesia terlebih dulu... kena pergi tau.. kalau kau beli tiket tapi tak pergi, maka usaha kau nak jadi jutawan akan sia-sia faham...

Pastikan bawak wang tunai yang cukup untuk melayakkan kau jadi jutawan - contohnya, kau bawak duit sebanyak RM349.21 sen == dan bila kau dah tiba di indonesia nanti..

"Tadaaaaaaaa!!!!" -- serta-merta kau jadi jutawan...

hahaha. mudahkan. tak yah susah-susah nak beli saham, jadi ejen jual bioaura, atau masuk skim cepat kayap, tikam judi atau pun bawak ayam bakar pulut kuning nak bagi kat tok nenek masa menurun mintak nombor kat pokok besar gedabak dekat kubur cina sana...
hah! sangat mudahhh... sesiapa pun boleh jadi jutawan dengan cepat. sesiapa saje tanpa mengenal pangkat harta warna kulit bangsa agama atau rupa..
...
tapi ingat... mesti bawak sebanyak RM349.21 sebab kadar tukaran matawang ringgit kepada rupiah, nilai itu dah bersamaam sejuta rupiah... kalau tak cukup, walaupun 21 sen maka usaha kau akan sia-sia.... ngertik.
kalau kau nak 2 juta, kau bawaklah RM349.21 darab 2... kalau kau nak 3 juta, kau bawaklah RM349.21 darab 3 (saya malaslah nak mengira)

Ahad ni, saya bakal gunakan cara ni untuk jadi jutawan. bawak anak-anak bawak isteri sama biar diorang pun turut sama merasakan nikmat jadi jutawan.. disamping boleh jadi jutawan, boleh jugak pusing-pusing tengok negara orang... seronokkan...

okeh! so! "SIAPA MAHU JADI JUTAWAN"**baca dengan gaya sebutan jalaludin hassan masa mengacarakan rancangan "Siapa mahu jadi jutawan"..** - bolehlah mencuba resepi yang di beri...

Selamat mencuba

Tuesday, November 23, 2010

Allah Knows Best

Sebenarnya mood tak berapa nak kena sangat lepas ziarahi blog FAIZ FARISH.. kasihan, terkejut, terharu, Kasihan tu sebab bila baca luahan hatinya tentang kisah perjalanan hidupnya yang tidak seberapa indah seperti yang diidamkan...
Ah! itukan hal normal sebuah kehidupan..

Terkejut, terharu bila komen aku yang tak seberapa menjadi pilihan untuk dipublish...

kepada kau, izinkan aku menulis sedikit nasihat . Nasihat dari seorang dewasa yang punya sedikit pengalaman. Atau nasihat dari seorang abang kepada adiknya yang kemurungan...
Abang kepada adik, kan?.. sebab aku sangat pasti perbezaan umur antara kita yang melayakkan aku menjadi abang dan kau berpangkat adik... Untuk kepastian - umur aku sekarang 35 tahun... dan tentunya kau lebih muda dari usia itu... betul kan?..
baiklah, untuk lebih mudah biarlah aku katakan nasihat dari seorang kawan kepada kawan.
Mudahkan?

atau kalau kau tak suka anggap ini sebagi nasihat, anggaplah ia sebagai pendapat. dari seorang yang sedikit dewasa dan terlebih dulu lalui liku-liku cabaran kehidupan.

biarlah kali ini cara aku menulis lari sedikit dari kebiasaan.. tentu boleh saja kan...

Biar aku petik semula ungkapan (yang aku mula merasakan tidak terjangka mampu aku tulis) untuk menasihati kau:

Pernah tak dengar ungakapan ni: - bila dah sedia menyayangi seseorang, kita juga perlu sedia hadapi kehilangannya... (aku lupa kat mana aku baca ni, dulu)

Cinta dan rasa ingin memiliki itu tidak sama....
cinta adalah bila kau ingin lihat dia bahagia... rasa ingin memiliki tu pulak bila kau ingin diri kau bahagia... so, sekiranya apa pun keputusan dari dia, kalau itu yang membahagiakan dia kau kena relakan sebab itulah cinta
.

rela lepaskan sesuatu yang baik dgn redha, satu masa akan diganti dgn hal yang lebih baik lagi...
Allah tu adil. terus usaha.. kalau tak dapat yg pertama, ke2, ke3 dan ke4... yang ke5 akan bakal kau miliki... kalau ke5 jugak bukan ditentukan untuk kau, masih diberi peluang utk ke6... atau ke7... atau ke8... atau keseterusnya... yg penting jgn pernah putus asa, jgn pernah berhenti berdoa meminta...

dan satu lagi... kalau rasa perlu menangis, jgn ditahan-tahan air mata tu... tengisan adalah terapi jiwa yang hebat...
...

Kita tak akan dapat semua perkara yang kita nak... itulah hidup. kalau kita mahu dapat apa sahaja yang kita inginkan, mana bahagiannya untuk orang lain. Sebab, memang dah ditentukan, ada bahagian untuk orang lain, dan bahagian untuk kita pun ada juga. Cuma masa untuk kita dapat bahagian kita tu masih belum tiba. Masanya akan sampai jugak... cumanya cepat atau lambat je.
dan seandainya, masa yang ditunggu-tunggu tu masih tak kunjung tiba, janganlah berburuk sangka. dengan nasib, dengan takdir, lebih-lebih lagi dengan Tuhan.
Ingat, apa pun keadaannya Allah Knows best... kita sekadar berusaha keras untuk merancang. Kalau ianya tak menjadi seperti yang dirancangkan.. Yakinlah... Allah knows best. Pasti Allah menentukan begitu. Sebab ianya paling sesuai untuk kita pada masa itu.
Kita merancang.. DIA jugalah sebaik-baik perancang...

... Masa kini adalah apa yang kita inginkan. Hidup juga kerananya, kegembiraan kita adalah atas usaha kita juga. Kalau kita memilih untuk berduka. Buatlah sampai puas, berdukalah semahunya. Tapi mungkin kedukaan kita akan lebih memberi derita kepada orang yang benar-benar menyayangi kita tanpa syarat. Kedua ibu bapa kita misalnya, merekalah yang paling terseksa bila melihat kita seperti telah putus asa dalam hidup. Mereka jadi serba salah jika kita mendiamkan diri dan tidak bermaya..

Perjalanan masih panjang (insyaAllah).. usah menggigil menghadapinya walau sendirian. jangan takut dengan kesendirian, kelak bila telah terputus hayat kesudahannya kita akan sendiran juga..
Memang payah pada mulanya tapi masa juga akan menyembuhkan segala luka. Mana ubatnya? Kita perlu menyembuhkannya sendiri. Ubatnya adalah bila kita telah sedar bahawa segala yang berlaku adalah atas ketentuanNya. Semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz. Bila kita menyedari tidak semua orang berfikiran selari dengan kemahuan kita...

Aku juga telah belajar dari pengalaman... kau juga akan begitu
Andai ada kenangan yang perlu dilupakan.. lupakanlah.. Lupakan sahaja tapi jangan dikikis kesemuanya. Simpan sedikit untuk dijadikan pengajaran ~ bina segalanya dari keruntuhan itu. Bina ruang baru untuk sesuatu yang baik buat diri kita sendiri. Mungkin kita tidak mampu menempuhinya semula. Tapi itu adalah kitaran yang perlu kita lalui. Dalam hidup ini kita punya pilihan, kerana itulah titik mula segalanya. Kerana pilihan jugalah dia melangkah pergi. Dia memilih untuk meninggalkan segala kenangan yang ada. Biarkanlah, mungkin itu lebih baik baginya. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa kita disisinya.. dan mungkin juga kita akan lebih bahagia tanpa dia di sisi kita... Percayalah, pengalaman luka ini akan mendewasakan mu...

Jika kau sudi menerima ini sebagai kata-kata nasihat, maka bersabarlah... bersyukurlah... berhentilah berduka... masih ada mereka yang perlukan kau tersenyum... jadi senyumlah... :)


Sunday, November 21, 2010

Di saat...

Ada satu sajak, or puisi, or kata-kata hikmah or watsoever yang kau nak panggil dia aku jumpa kat sini.. Aku pun tak tahu sape penulis asalnya untuk diberi kredit title.... kalau ada sape2 yang tahu. bolehlah bagitau kat aku.. please, aku nak ucapkan terima kasih kat dia.

Tulisan yang indah ni aku rasa memang baik kalau disebarkan dan dikongsi-kongsi...
boleh jugak dibuat pedoman. atau panduan atau iktibar... (tak payah bagi perumpaan banyak-banyak sangatlah... orang dah paham dah)...

okey... oleh itu.. dengan ini aku persembahkan sebuah sajak/puisi yang aku copy paste bulat-bulat sebijik-sebijik dari page nih (feeling mood tengah dok bediri atas stage kat sebuah majlis mendeklamasi sajak)...

terimalah:
-DI SAAT-
... **dengan diiringi bunyi biola yang mendayu-dayu**

•Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

•Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

•Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya

•Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia

•Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu

•Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

•Yang indah hanya sementara

•Yang abadi adalah kenangan

•Yang ikhlas hanya dari hati

•Yang tulus hanya dari sanubari

•Tidak mudah mencari yang hilang

•Tidak mudah mengejar impian

•Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga

•Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

•Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif

•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas

•Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani

•Jangan terlalu perhitungan

•Jangan hanya mau menang sendiri

•Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

•Belajarlah tiada hari tanpa kasih

•Selalu berlapang dada dan mengalah

•Hidup ceria, bebas leluasa

•Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan

•Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan

•Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


**amat terkesan di hati... indah... tersentuh, terima kasih penulis asal**