Friday, October 8, 2010

Penggali Kubur

***Ish!!!! lagu 'suraya' ni ganggu tumpuan aku nak menulis lah - dah berapa kali dah tersalah taip tulis lirik lagu tu pulak***

Semalam ke Kuantan...
Ok! ada satu tujuan utama untuk aku ke sana, dan beberapa tujuan yang tidak utama... tujuan utamanya aku namakan sebagai tujuan atas "'Urusan Seri Paduka Baginda" - supaya kedengaran rasmi dan kedengaran sangat penting juga. walaupun pada hakikatnya sangatlah membosankan dan memeningkan kepala...

tujuan tak utamanya pulak ialah untuk bertemu beberapa rakan lama yang memang dah sangat lama tak jumpa - rakan sekepala sejak dari zaman sekolah (sekepala? janganlah tersalah faham sebagai kembar siam pulak ya)
dan juga beberapa tujuan-tujuan tidak utama yang lain seperti memakan ikan bakar yang hebat di tanjung lumpur, lepak-lepak di pantai teluk cempedak (yang makin lama- makin tak cantik) membeli parfume esei miyaki yang berharga 20 hengget, menyertai sesi fotografi bersama rakan-rakan ala-ala model amatur separuh masa posing2 sambil makan nasik goreng kat restoran dan menonton movie Magika...
kenapa mesti Magika?
sebab ada Ziana Zain (akhirnya dengan perasaan terpaksa aku kena akui aku ni "kipas-susah-mati' kepada budak Ziana Zain tuh.. ohhhh!!!...**ingat lagi masa zaman sekolah dulu bila ada cikgu suruh aku handle kan satu kumpulan koir untuk persembahan hari guru - mula2 semua kena nyanyikan beberapa lagu patriotik, tapi sampai lagu last sekali aku bagi lagu "KEKAL"... hahah, mau terkesima beberapa minit cikgu2 tu dengar koir nyanyi lagu "KEKAL"... Nasib baik para penyanyi akau tu aku tak suruh angkat-angkat kening masa nyanyi... hahah. sape suruh ko lantik aku jadi ketua.

Oh! lupa pulak aku nak bagi info sikit pasal kuantan... Tahu tak, perkataan Kuantan adalah berasal dari nama seorang Cina yang bernama "Kuan TAN"...
...
errrrrr
....
agaknyalah
......
errrr.
...
baiklah! sila jangan percayakan info ini. aku reka... Sebab aku memang suka fikirkan satu perkara ikut logik kepala aku je.. sila jangan sebarkan ruangan pengetahuan am ini kepada sesiapa ya, melainkan selepas kau menjalankan satu siasatan dan membawa bukti-bukti yang kukuh untuk menunjukkan fakta itu adalah betul... - so! sebelum siasatan dijalankan, dan bukti-bukti belum ditemui - sila abaikan perenggan "info" ini..

satu lagi info yang betul. bukan aku reka dan agak memalukan... sebelum tiba di kuantan boleh pulak terlajak sampai ke terengganu.. penghujung LPT tu... **ni semua fuad punya pasallah. tak nak dengar cakap orang keluar ikut susur keluar gambang... susur keluar ikut kuantan pun boleh pulak dia abaikan dek kerana leka bersembang**.. Ok! tak apa! sila abaikan jugak perenggan yang ini.


Ke kuantan semalam mempertemukan aku dengan beberapa orang penggemar sastera... kawan-kawan lama dan kawan kepada kawan lama aku (walaupun ada yang berjurusan sains masa zaman sekolah)... hahah... duduk berhimpun dan berbual dgn diorang ni betul-betul buat kutu aku mati tanpa perlu pakai syampu.. tapi kalau boleh kasi hilang kelemumur sekali pun orait jugak... dikelilingi peminat2 sastera yg kental yang meminati nascafe secara kental juga...
topik pasal pasal teater, puisi, pramoedya Ananda toer, andrea hirata, laskar pelangi... bla bla bla...

ok!
macam biasa!!

Tak banyak yg aku faham...

Tapi.. Buat-buat faham jelah sambil angguk-anggukkan kepala...

nak jugak sesekali aku mencelah pasal ziana zain, atau raja azura dah menjanda, atau datuk SMS yang dah nak kawen... tapi!!! macam tak tergamak pulak.

antara mereka - ada satu kawan lama aku yang aku kenal sejak dari sekolah rendah... Namanya Azmin. aku dan dia bersekolah di sekolah yang sama, naik sekolah menengah juga di sekolah yang sama hingga tingkatan 3. bila tingkatan 4 kami dipisahkan oleh peluang yg berbeza. dia ke sekolah daerah sana dan aku ke daerah yang sini.

Ketika sekolah rendah, sejak darjah 1 hingga darjah 6, aku dengan Azmin berada di kelas yang sama..

Pada satu hari... Cikgu kelas kami yang aku sudah tidak ingat lagi namanya sekarang (ohhh!)... bertanya pada setiap ahli kelas tentang cita-cita kami di masa depan.
lalu menjawablah kami dengan yakin tentang cita-cita dan impian kami yang menggunung tinggi ketika itu... nak jadi polis, bomba, misi, cikgu, doktor, polis, bomba, misi, power rangers...cikgu, cikgu, cikgu, bomba, cikgu, posmen, cikgu, cikgu, Atromen taro, polis, polis, cikgu, cikgu (yang jawapan berulang-ulang tu selalunya jawapan yang tak sempat difikir secara teliti - bila kawan sebelah nak jadi cikgu, dia pun terus sebut cikgu, yang di sebelah sana tak sempat fikir terus nak jadi cikgu jugak)...
Ah! jawapan zaman itu... manalah tau nak fikir tentang cita-cita yang lebih hebat.. pensyarah ke, angkasawan ke, grafic designer ke, Model pakaian dalam ke, jutawan kosmetik ke, ahli muzik ke, menteri di jabatan perdana menteri ke, atau penyimpan mohor besar raja-raja ke... tak ada. nak simpan impian untuk jadi peserta Akedemi Fantasia pun jauh sekali lahhh...

apa yang nampak, apa yang terlintas, apa yang kawan sebelah sebut, itulah yang disebut.

Oh ya! aku pun masa tu, cita-cita aku cakap nak jadi guru besar... hahah. hebat tak..
ok! whatever..
Dan bila sampai kepada giliran Si Azmin - dengan yakin, dan gagah, dan besemangat dia cakap nak jadi...
"Penggali Kubur"... huh!

aku tak terperanjat pun... budak-budak lain pun macam tak teperanjat jugak, maklumlah budak-budak. mana lah tahu nak fikir kerja tu bagus, kerja ni ok, kerja ni orang pandang, kerja tu gaji besar semua tu... asal menjawab soalan cikgu, sudahhh...
Tapi si cikgu yg bertanya pulak agak terkejut.. (aku sebut terkejut jelah ya. sebut terkejut beruk mcm tak berapa elok pulak)..

Lalu bertanyalah cikgu tu dengan perasaan agak cuak: "Kenapa kamu nak jadi penggali kubur"...

dia jawab: "Sebab ayah saya penggali kubur"...

hmmmm... ibarat macam kerja warisan turun temurun pulak....

***
Kemudian masa telah berlalu dengan pantas. meninggalkan sisa-sisa kenangan. mematangkan corak fikir. mendewasakan usia. terus membuatkan kami bergerak juga di dunia yang penuh pancaroba ini... oh! Syahdunya...

ketika di sekolah menengah, ada jugak sesekali aku ungkitkan pasal cita-cita nak jadi penggali kubur ni kepada si Azmin.. dan dia hanya ketawa sambil berkata
"Hawau kau!!!"... hahaha! kenangan! kenangan!

***
Aku tak ada masalah sebenarnya dengan kerja penggali kubur ni.
hah! betul!! bukan calang-calang orang yang boleh buat kerja nih... semangat kena kental. six pax kena ada. kena berani...

Tak! jangan sesekali kau fikir, sebab sekarang kau ada kerja hebat dengan jawatan yang hebat dengan pendapatan yang hebat jugak (yang membuatkankan tiap2 tahun kau kena bayar income-tax), maka kau boleh merendah-rendahkan orang yang kerja-kerja di tempat rendah... (aku kira kerja penggali kubur adalah satu kerja yang membuatkan kita berada di tempat paling rendah - dalam lubang)...
Hakikat kau kena terima, kerja penggali kubur yang membuatkan kau berada di tempat paling rendah adalah satu kerja yang sangat tinggi nilai moralnya. Kerja yang sangat mulia walaupun mendapat bayaran yang tak seberapa..

Kau cuba bayangkan kita tanpa penggali kubur... bayangkan (sambil pejamkan mata)..


Mayat-mayat yang bergelimpangan. bagaimana! bukanlah satu hal yang baik kalau di tanah perkuburan, jenazah2 di bawa dan diletakkan disitu tanpa di simpan di dalam lubang kubur. membiarkan berbaring atas tanah dan dipacakkan batu nesan di bahagian kaki dan kepala... aku sangat pasti kalau keadaan begitu, tak akan ada yang mahu menziarahi kubur di hari raya.. sangat pasti

Atau bagaimana?...
Apakah kau mahu jenazah kau satu hari nanti di bakar seperti mayat-mayat penganut hindu, atau dibuang ke laut, atau apa-apalah...
jadi jangan sesekali memandang rendah pada tugas penggali kubur... jangan sesekali ya. kerana tanpa mereka siapalah kita...

•••
Aku teringat ketika di sekolah menengah, ketika itu waktu senggang masa pertukaran subjek. sementara menunggu cikgu masuk ke kelas, si Azmin anak si penggali kubur itu telah bertanya satu soalan kepada aku yang kemudian soalan itu dibiarkan tergantung begitu sahaja...

"Vict! ko tahu tak kenapa orang gali kubur tak pakai kasut.."...
...
"Hah!... sebab takut kasut dia penuh masuk tanah!"
....
"bukan!"
....
"Sebab takut kasut dia nanti tenggelam dalam tanah"...
....
"Bukan!"
....
"Sebab dia pakai kasut mahal crocodile"...
....
"bukanlah....!"
....

kemudian tiba-tiba cikgu menjengahkan muka masuk ke kelas... dan soalan terbiar begitu sahaja tanpa jawapan yang pasti...

terabai hingga sekian lama...

dilupakan...

hinggalah...

Semalam. Ketika di kuantan, aku bertemu semula dengan si Azmin anak si penggali kubur..
hakikatnya dia tak jadi penggali kubur pun seperti yang dicita-cita kan... tapi penggali jugak, sebab dia kerja dekat tengah laut dekat tempat orang gali minyak kat paka tu... At least cita-citanya nak jadi penggali tercapai jugak walaupun bukan penggali kubur... pergi kerja naik heli balik kerja naik heli... hujung tahun ni nak kena hantar ke Qatar pulak.. huhuiii...



tiba-tiba secara tidak sengaja soalan yang tergantung sekian lama terlintas di benak fikir aku...

"Min! dulu ko ingat tak ko ada tanya aku kenapa orang gali kubur tak pakai kasut"...

"hah! ingat... okey... sebab apa?.. huih gila lama dah soalan tu kan" jawab si Azmin

"dekat 20 tahun dah kot..."

"Okey sebab apa?" si azmin bertanya lagi...

lalu terjadilah satu kejadian menjawab soalan disitu antara aku, azmin dan beberapa kawan yang lain...

kenapa orang gali kubur tak pakai kasut...
sebab, kasut kotor, kasut koyak, sebab pakai selipar, nanti kasut busuk, nanti kasut tu dah tak boleh pakai dah takut ada badi, nanti kasut berantu, nanti kasut senang reput... bla!bla!bla! yadey! yadey! yadey!... macam-macam dan satu apa pun tak betul.

Lalu semuanya dengan penuh harapan mengunggu Azmin si anak si penggali kubur memberi jawapan. tentunya ada petuanya sendiri yang diwarisakn dari ayahnya yang kerjanya menggali kubur...

kenapa orang gali kubur tak pakai kasut...

"Sebabnya....
DIORANG GALI PAKAI CANGKUL"... jawab si Azmin dengan wajah tak berdosa.... dan muka nak tahan ketawa...


ceh!!!!!!!!!!

siot!!!!!!!!

sia-sia je aku simpan soalan tu sekian lama.......




p/s: tapi sekarang orang gali kubur dah pakai back hoe ... errr, tetap jugak tak pakai kasut. ish!!

Wednesday, October 6, 2010

Dan Demi Waktu...

**Sambil Feeling penyanyi utama kumpulan ungu (sape ntah nama dia)tengah dok nyanyi** - dan demi waktuuuuuuu, yang mengalir di samping muuuuuu, maafkanlah diri kuuuuu.. la la la la lala lala alaaaaaaaaaa (yang lalalala tu macam biasa lah ya - tak hengat lirik)...
Dan Demi waktuuuuuuuuuu...

Demi 1...
Satu hari di hari rayaaaa....
Hari itu (hari raya ke berapa ntah), kami cadang nak buat open house. So! macam biasalah sebelum nak memulakan open house, tentunya banyaklah barang yang perlu dibeli...
bahan-bahan mentah, bahan separa mentah, bahan-bahan masak, bahan separa masak, kelengkapan2.. mangkuk polisterin, cawan polisterine, pinggan polisterin, sudu polisterin (?). garpu polisterin (?).. semualah polisterin.. nasib baik tak ada jual ayam dgn sayur polisterin.. kalau tak itu pun kena beli sekali tu... al maklumlah, nak buat open house kan. mana nak lengkap open house tanpa sebarang alatan polisterin..

Sehari dua sebelum memulakan open house tu, Isteri aku mintak izin nak beli segala keperluan-keperluan polisterin dan tak polisterin tu... kebetulan pulak adik aku yang studi kat UM tu ada sekali, bolehlah tolong tengok-tengok @ kejar mengejar hero berdua yang semakin hari semakin lasak Ya Rabbi tuu...

Kebetulan pulak hari tu aku memang tengah kerja dan buat-buat bizi, tak dapat temankan dia jadi dengan 'Kecik tapak tangan padang bola aku tadahkan' lah aku mengizinkan... dengan pesanan - nanti aku tolong topapkan mana-mana polisterin yang kurang...

Dipendekkan cerita...
hari tu isteri aku hantar SMS lagi sekali... katanya dia dah beli semua beli keperluan nak buat open house tu... tapi setelah membuat bayaran, dia mintak izin dekats cashier yang jaga kaunter masa tu utuk letakkan barang itu sekejap kat meja cashier tersebut sebaba dia perlu ke kedai berhampiran untuk mencari barang keperluan lain... dan lepas semuanya selesai nanti dia datanglah ambik semula... dan cashier tu izinkan.

Entah macamana, dia terlupa...lepas urusan beli barangan keperluan selesai, dia terus hidupkan kereta dan melupakan barangan yang dia tinggalkan sebentar di meja cashier... sampai kat rumah barulah disedari yang dia telah tertinggal barangan tersebut.

Dia tanya pendapat aku, perlu ke dia balik semula ke pasaraya tersebut utk ambik semula barangan itu sebab letak duduknya rumah aku dengan pasaraya berkenaan - memang jauh juga.

aku yang memang selalu perasan sibuk masa tu terus tekan tekan telefon dengan pantas membalas balik SMS dari dia:

“Pergilah ambil semula, DEMI..”

Ops!, aku tak sempat habiskan ayat SMS, tapi dah tertekan butang ‘send’, aku sepatutnya habiskan ayat dengan menulis … “Pergilah ambil semula demi mengelakkan pembaziran, sebab barang yang tertinggal tu pun, banyak jugak..."

Tapi takpelah, aku harap dia faham, lalu aku terus sambung kerja tanpa hantar SMS susulan,

dan seperti yang di duga, dia balas SMS balik:

“DEMI apa?”

aku terus balas SMS:

“DEMI cintaku padamu”

YIHA!!

Ps: DEMI sesungguhnya, membazir itu amalan Syaitan....



Demi 2
Satu hari di hari rayaaaaa...
hari itu hari raya ke berapa ntah...

isteri aku yang masih sibuk dengan open house, hantar SMS lagi,

"Saya kat pasar ni bang!!!, nak beli buah Temikai berapa bijik nih?"

Solehah sungguh bini aku ni.. nak beli temikai berapa bijik pun nak tanya jugak ke yang?

Setelah berfikir dengan pantas, aku pun reply:

“Belilah dalam 7 bijik, DEMI...”

lalu aku putuskan lagi ayat aku dekat perkataan demi dan menekan butang send...

seperti yang di jangka, dia tanya balik.

“DEMI apa?”

Aku terus balas SMS:

“demi cintaku padamu”

heheheh

Ps: DEMI sesungguhnya, manusia itu mudah lupa…


Demi 3
Satu hari di hari rayaaaaaaa...
hari itu hari raya ke berapa ntah...
….

Isteri aku SMS lagi...

"Bang!! saya lupa beli plastik sampah... Nanti abang tolong belikan ya?"...

Hmmm.. kesian isteri aku, tentu penat nak selesaikan sendiri semua urusan.
Eh! jangan salah paham pulak ya, bukan aku tak nak tolong, tapi memang betul, aku memang tangah perasan sibuk masa tu... betul-betul perasan sibuk... tapi takpe, esok aku tolong masak. (konon-kononnyalah)...

Dan kemudian, untuk kali ke tiga nya aku reply balik semula SMS isteri aku...

"Iyelah. Nanti abang belikan. Abang beli banyak-banyak yang besar-besar tu DEMI..."

Aku masih putuskan disitu, dan tekan lagi butang send...
(syok pulak main SMS, DEMI-DEMI nih)..

kemudian aku tunggu...

sekejap...

dua kejap...

tiga kejap...

...

Eh, pelik, dia tak reply pun SMS macam biasa untuk tanya balik ‘DEMI’ apa...

Aku pulak yang jadi penasaran terus telefon balik..

“Kenapa awak tak tanya ‘DEMI’ apa?”

“Dah tahu, DEMI cintaku padamu..”

“Eh! Tak, Abang bukan nak bagitahu, ‘DEMI cintaku pada mu’ macam biasa tadi, tapi ada ‘DEMI’ lain nih..

“DEMI apa?”

"Nanti abang SMS, segan nak cakap.."

Pendek cerita, lepas tu, aku pun taip SMS dan sent kat dia..

“DEMI SESUNGGUHNYA, aku cinta pada mu”

YIHAAAAAAAA!



“DEMI ALLAH Aku cinta padamu ”