Sunday, December 27, 2009

Nak anak soleh??? Meh!!! Cermin muka kita dulu ek!!

Sorang teman kat pejabat mengeluh pasal anak-anak dia yang tak dengar kata... tanya dia dekat aku nak buat macamana?...

errrr!! macamlah anak aku tu dengar kata sangat. setakat hagah-hagah dia pun ketawa mengekek... Aummmm Cakkkkk.. dia ketawa mengekek lagi...lapar menangis... ngantuk menangis lagi... hmmm, apa lagi yg budak-budak umur 9 bulan boleh buat ya??

Oklah.. jom kita berbalik semula pada pokok persoalan.

Pasal anak yang berbakti pada mak dan ayah dan anak derhaka. Maknanya, nak warning kat anak-anak ni: Kalau engkorang tak dengar cakap orang tua, maknanya engkau dehaka. Anak derhaka tak layak hidu bau syurga... nak masuk syurga memang tok sah harap lahhh...

Oleh itu wahai anak-anak ku, kalau nak selamat dunia akhirat, taatlah dekat aku, lebih-lebih lagi taatlah dekat bini aku... Mak engkoranglah tu. Berbuat baiklah dekat aku dengan bini aku. dan pastikan hak-hak aku sebagai ayah engkorang dan hak bini aku sebagai emak engkorang tertunai!!! Faham anak-anak???...


Uhui!! semangat kan main lagi bagi warning kat anak-anak ya. Dan hot kan main lagi kalau anak-anak tak dengar cakap kita.

Tapi, ada ke kita pernah fikir, kita ni siapa nak di taati oleh anak-anak. Hensem sangat ke rupa kita. Cantik sangat ke muka kita untuk dihormati anak-anak...

Untuk soalan ni, apa kata kita sama-sama flashback semula. Jom kita u-turn semula lihat mak ayah kita kat belakang... (ok, untuk bahagian ni bolehlah set kan suasana jadi hitam putih mcm citer-citer P.Romlee)

Sudahkah kita jadi anak-anak soleh dah solehah?
Dah jadi anak-anak yang dengar kata mak-bapak kita ke, kita ni...
sudahkah kita jadi anak-anak yang taat dan hormat kedua mak bapak kita.
Sudah ke kita pastikan setiap hak mereka ditunaikan.
Sudah ke kita doakan kesejahteraan mereka setiap kali lepas sembahyang?

Ok! Jawab le.. dah ke belum!

Kalaulah jawapannya masih tak clear, meh lah kita sama-sama pusing 180 darjah ke muka anak kita yang kita warningkan tadi, dan jawab soalan ni.

Patut ke kita ditaati, dihormati dan disanjungi anak-anak padahal kita sendiri gagal nak buat baik pada mak ayah kita.
Mungkin ada yg akan kata "Mak pak aku dah tak dak dah, abis tu lagu mana aku nak berbakti?".. hmmmmm... jangan tak tahu, kita pun masih boleh berbakti kepada arwah...

Ok! kita lupakan kejap hubungan kita dengan dengan orang tua kita dulu. Kita pun selalulah membebel kat anak-anak... "Anak tak kena budi"... "Tak sadar dek untung"... "Lebihkan bini dan keluarga dari mak ayah sendiri"......

ewahewahewahhhh. Sedap je kita bercakap ya... Memanglah orang-orang kita ni, kalau bab buruk orang (termasuklah anak sendiri) memang mahir dah penuh je idea nak mengata. Tapi, tanggungjawab sape nak jadikan budak-budak tu taat kat kita dan mengenang budi kita? tanggungjawab kita lah kan?

Dah ke kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai mak bapak sebelum kita mintak mereka bertanggung jawab atas kita pulak. Awal-awal lagi kita cerminlah muka kita dulu. Baik dan mulia sangat ke kita ni untuk melahir, mengasuh, mendidik dan membesarkan cahaya mata yang bakal jadi insan soleh dan solehah?

Lepas tu pulak, dah ke kita ajorkan mereka dengan ilmu agama yang secukupnya. Kalau setakat lepaskan tanggungjawab tu dekat ustaz dan ustazah kat sekolah, mana nak cukup weiii... kita ni yg kena pastikan dada anak-anak kita penuh ilmu ilmu agama dan praktiskan menjelang usia baligh diorang.

Dalam bab praktis ni, tak kanlah bebudak tu je yang asyik nak kena perambat bila liat nak semayang, atau curi-curi makan masa bulan puasa atau culas bertudung bila keluar rumah, atau saje pakai seluar pendek masa main bola...
Kita sendirilah yang kena jadi contoh ikutan atau role model untuk mereka ikut.

Bila sebut pasal role model ni, ramailah mak bapak yang garu kepala... maknanya susah nak jadi role model ni. kena buat dulu. kalau setakat membebel-bebel samapai berbuih air liur kat budak-budak tu, semua orang boleh bikin.... Tapi cuba buat dulu... Acu cuba try test...

Dan...
Kalau kita sendiri akui tak mampu nak jadi role model dan penuhi hak-hak mereka, maka abang-abang adik kakak sekelian janganlah mudah melatah bila anak-anak tak gheti nak tunaikan hak-hak kita. tak gheti nak tadah tangan nak doakan kesihatan kita setiap kali lepas sembahyang. Tak gheti jugak nak letakkan kita kat tempat tinggi selepas Allah dan Rasul.

Apa yang mungkin diaorang gheti - menyediakan kediaman khusus lagi special untuk kita yang dah nyanyuk dan kesepian masa dah tua. Kat situ nanti, kawan pun ramai, inang pengasuh pun ramai... Semua dah tersedia. Pendek kata - Macam-macam adaaa... Yang tak ada, kasih sayang anak je. Ada faham tak mak ayah sekelian???



Buat adik-adik yang terbaca entri ni, kenalah beringat jugak. Kita pun bakal jadi mak ayah satu masa nanti....


Friday, December 18, 2009

Dan bila ditambah ramuan kasih sayang...

Ah!!! alunan tiupan seruling dari pc rakan sekerja aku benar-benr mengasyikkan... sedikit damai... leka...

•••••••••••••••

menyangka tidak akan terjadi apa-apa, petang itu aku nekat beranjak pulang meski gerimis kecil masih tercurah dari kumpulan awan yang menghitam di atas sana. padahal hanya bergerak beberapa meter saja, hujan rinai gerimis mula bertukar rentak. Asalnya bagai gadis desa pingitan yg malu-malu mula bertukar garang meledak geram. Dan apa daya aku hanya sebagai penunggang motosikal tidak punya lain pilihan selain terus meredah kegarangan hujan yang makin ketara.

kenyataannya, begitu malam tiba, demam langsung menyerang badan, kepala serasa berat, mata mahunya selalu menutup.

seharusnya aku segera ke doktor. tapi di luar, hujan rupanya bagai senang bermain di bumi, senyapnya seketika hingga mereka bergerombol kembali datang. semakin malam malah semakin lebat.

mengenakan baju tebal panjang ditambah selimut tebal masih juga belum mampu membuatku selesa.

ramuan kuno ; sedikit minyak masak, beberapa iris bawang merah, beberapa titis minyak kayu putih dan tangannya yang penuh keramat memicit bahagian kepala dan mengurut bahagian belakang lebih mampu membuat keadaan menjadi agak aman.

benar, apalagi dengan tambahan kasih sayang . hasilnya memang terasa. aku lelap tidur nyenyak sesudahnya. dan lihat, pagi ini aku sudah sihat kembali.

Wednesday, December 9, 2009

kisah tak lengkap 2

Entah kat mana aku pernah baca... "Kepelbagaian manusia itulah yg membuatkan hidup lebih indah dan bervariasi..."

Semalam terpaksa mendengar luahan hati dari seorang kawan yang berusaha keras nak menguruskan badan. sudah tak makan nasik lagi... hmmm, semoga usaha tersebut berjaya..

Tapi sebelum itu ada pulak aku dengar luahan hati dari seorang kawan yang lain yang merungut badannya terlalu kurus... dan dia juga sedang berusaha keras menaikkan berat badan dgn meminum susu gemuk (atau apa-apa lah nama dia tu)...

haha! Seronokkan? Keadaan mcm nilah yg buatkan hidup kita lagi meriah... sentiasa bergerak dan tak membosankan. Yg gemuk nak kurus... yang kurus nak gemuk.. yang sedang2 mcm aku ni tak tahulah nak apa lagi (tapi bahagian perut dah kembung lain macam dah ni)...

Tetiba teringatkan seorang kawan (kawan sekadar kawan basa-basi je)... kerja di Selangor (kilang)... seorang lelaki, berbadan gempal, berambut kerinting2 besar...
satu hari tu dia balik ke kampung dengan satu kepala rambutnya di 'blonde'kan.. hahah ngkau!!
Bila dia balik ke kawasan kampung dlm keadaan begitu, naik motor pulak pusing2 kampung - seluruh mata rakyat jelata tentunya akan tertumpu dekat rambut blonde miliknya tersebut...
(oh! ya!!! ada yang menggelarkan dia 'castello' sebab rambut tersebut).
Bila begitu keadaannya... boleh pulak dia kata:
"Alah! orang kampung... bukannya pernah tengok fesyen2 rambut macam aku ni. Ketinggalan.. itu yg jakun sangat tu"... ... ....

Wah!!!!!!!

Sentap odah!!!!




**aku mula terfikir nih...utk mengelakkan dikata jakun ketinggalan - aku fikir nak kaler rambut kaler hijau lah***

kisah tak lengkap 1

U know what.. hidup memang penuh dgn mcm2 soalan? ada soalan jenis ada jawapan. ada jugak yg jenis tak de jawapan. ada jugak soalan yg di jawab dgn soalan... ada jugak soalan yg berangkai-rangkai melengkok2 mencipta soalan2 yg lain pulak... hmmmmm, selagi usia masih bersisa. soalan akan terus berjejeran...

Ah! sakit urat punggong dan bahu aku ni makin terasa pulak kuatnya. bedenyut-denyut.. kacau aku nak buat kerja je. dah tak senang duduk, kena berdiri, tak senang berdiri kena duduk... mak suruh pegi rumah mat lela... biar dia urut. tapi biar dululah. dah dua kali dah aku pegi tapi tak jugak dpt urut lagi...

Petang ni mcm petang semalam jugak. Hujannnnnn!!!!!...
tak! tak sama mcm semalam...
petang ni hujan panas. lebat tak lebat gitu.
malas-malas je...
huh! dlm malas-malas tu kalau redah mau lenjun jugak tu...



Hadoiiiiii... sakit urat punggong dan bahu makin berdenyut nih.... ....

hujan panas masih bercucuran... hmmm, yang pastinya fenomena begini akan memunculkan pelangi... Kuasa Allah penuh dgn misteri kan??... dlm kebasahan, terik cahaya masih jugak memancar... di satu sudut pula cahaya pudar tujuh warna melengkung awan... bukankah itu Indah?????

Friday, November 20, 2009

prolog

Ok... aku mulakan satu kisah lengkap yang tidak lengkap... Kisah sempurna yg tidak sempurna...
Tidak!! tiada siapa pun bisa memberikan satu kisah lengkap atau sempurna...
Kerana..
Tak akan pernah ada yang sempurna..
Kecuali.... DIA....