Friday, September 24, 2010

jom puasa

Hari ini dah 16 syawal.

bila korang nak habiskan puasa enam?

aku dah tak banyak yang tinggal...

lagi enam hari je lagi...



Ngeeee...





sabda Rasululluh saw yang diriwayatkan dari Ayyub r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, berarti dia telah berpuasa satu tahun." (HR. Imam Muslim dan Abu Dawud). Dan masih hadits yang sama dengan perawi lain. (HR. Ibn Majah)....

Thursday, September 23, 2010

Alahai...

Hah! ini cerita seorang rakan... (statment macam biasalah nih - bila malu nak buat pengakuan - konon2nya cerita tu berlaku kat rakan-rakan yang lain - padahal cerita pasal diri sendiri... haishhh)...

Ceritanya macam gini -
Di satu senja, di musim yang lalu.. Kereta yang dia start tak hidup-hidup, kemudian lalu seorang kawan yang baru nak pulang dari kerja nampak dia terkial kial lalu datang menghampiri..
“kenapa?”

“kereta ni tak hidup, macam takde bateri, tapi aku bukak radio, hidup pulak” jawab dia dgn muka blur tak blur gitu.

“bateri lemah kot?” si kawan memberi andaian...

“agaknyalah”...

“dah berapa lama tak tukar bateri?”

“Dah dekat 3 tahun rasanya”...

“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? charge pakai bateri kereta aku”

“takde..”

Kemudian datang lagi seorang rakan dan tanya... Kenapa?

Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tak ada jumper..

Tak lama lepas tu datang lagi seorang rakan dan tanya... Kenapa?

Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tak ada jumper..

lepas tu, datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?

Lepas tu jugak, berulang balik jawapan macam tadi gak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Tidak beberapa lama kemudian, datang lagi seorang rakan dan tanya juga, Kenapa?

Dan lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Datang lagi yang lain, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Datang yang lain pulak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Arghh!!!, Kawan aku tersebut dah penat dah nak explain condition keretanya pada semua rakyat Malaysia yang prihatin... Katanya dia macam nak rakam jawapan lengkap dan Onkan player bila ada yang tanya... pendek cerita semua rakyat Malaysia yang prihatin tu takde ‘jumper’ dalam kereta, jadi sebulat suara bersetuju untuk tolak kereta dia sampai hidup..

Inilah pengalaman pertama dalam hidupnya, kereta dia di tolak orang untuk ‘hidup’..

Hari tu dia dapat satu ilmu baru, kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar seorang rakyat Malaysia yang prihatin pada dia akan bagaimana nak hidupkan kereta tanpa bateri..

Maka mereka pun tolak..,

Tapi dan tiga kali tolak tak berjaya jugak..
Dahlah masing-masing penat baru balik kerja... kesian kat diorang...

Tiba tiba baru kawan aku tu perasan, ketika mereka tolak kereta dia tu, ada satu benda yang dia tak buat, kalau dia tanya mereka tentang apa yang dia lupa buat tu, nampak bodoh pulak soalan tu, dan ceritnya, dia pun ‘buat’ secara senyap-senyap apa yang dia lupa buat dan merayu agar mereka tolak lagi sekali dan kali ni dia akan berdoa dengan sungguh sungguh, pujuk kawan aku pada mereka yang menolak..

Maka dengan izin Allah, Sekali tolak, kereta terus hidup, broom!

Mereka gembira kepenatan, itulah, kena doa sungguh sungguh dulu, kata salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin..

Mulanya kawan aku tu tak nak cerita hal sebenar.. tapi rasa macam tak baik pulak..
Kemudian kawan aku pun berterus terang - "tadi... aku lupa nak ON kan suis kereta.."

Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tak marahkan kawan aku tu, tapi mereka pakat pakat ketawakan dia! .. ngeeeeee...

banyak pengajaran dalam cerita ini, antaranya adalah, bateri bila dah setahun setengah memang nak kena buat tindakan, lepas tu jika tak nak buat tindakan, jangan lupa bawak ‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila nak tolong tolak kereta ke, bas ke, lori ke, kapal terbang ke, pastikan driver tu ON kan suis kenderaan….




Ps: Demi sesungguhnya, ingat-mengingati dan tolong menolong itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman…




**keterangan cerita, kawan aku dalam cerita di atas ialah AKU... ... ... ish! malunya nak ngaku...***

Wednesday, September 22, 2010

Negeri Awan

Aku pergi ke timur, menyongsong ke arah matahari yang belum lama berangkat dari peraduan. Langit terlihat biru dari dalam sini (adakah benar biru, ataukah kaca jendela ini yang membiaskan biru?). Matahari masih jauh rendah dari sepenggalah, sinarnya membiaskan langit biru muda yang cantik di sepanjang horizon. Makin ke atas makin tua birunya. Di antara garizan tona birunya, kepulan sutra putih yang halus menghampar seperti kabut tipis.

Di atasku, helai-helai cirrus berarak, seperti lapisan kapas tipis yang berlari melewatiku. Nun jauh kelihatan lembar-lembar pita putih dibentangkan, terkadang meliuk, di sepanjang cakrawala. Di bawah sana, daratan kadang tak kelihatan, tertutup lapisan dan gumpalan kapas putih yang lembut. Seperti sebuah padang salju di negeri yang sangat jauh dari katulistiwa bumi ini. Terkadang puncak-puncak gunung menyembul di tengah kerumun mega, seolah-olah tiba-tiba muncul begitu sahaja dari sebuah ketiadaan, di tengah-tengah ketiadaan. Menggoda imaginasiku akan sebuah negeri di atas awan.

Di padang putih sana ada sekumpulan biri-biri putih dan bersih sedang digembalakan. Biri-biri cumulus berbaris rapi, seakan tahu padang ini cukup luas untuk mereka semua. Kutinggalkan padang putih dan sekawan biri-biri putih, kumasuki sebuah negeri kabus. Langit masih biru di atasku, namun di seluruh sudut horizon hanya kabus putih yang kelihatan. Putih, tipis, luas, penuh.

Perlahan daratan terlihat bila kabus mula terselak. Sebuah suara tanda -- perintah untuk mengenakan tali pinggang keselamatan -- mengusik perjalanan imaginasiku. Sudah saatnya kutinggalkan negeri di atas awanku.
Mendarat kini aku di dataran realiti yang menyengat ini :)

Tuesday, September 21, 2010

setelah 7 bulan...

esok... genaplah 7 bulan blog aku ni diabaikan... 7 bulan.. heheh.. gilerr lah lama.

tapi ok lagi kot... ada sesetengah blog yg dulu-dulu aku kerap baca, sekarang ni sampai dekat 2 tahun takde cerita baru... hahah. lagi haru kan.

ada member tu tanya "Ko ni buka blog nak buat apa sebenornya... gaya dah ada tapi pemalas pulak?"...

ntah!!

aku jawab "saje!!.. tengok orang lain buat blog aku pun nak buat jugak." sambil mata terkelip-kelip pastu garu-garu kepala siku.. (okey tak jawapan macam gitu)

ada pulak member lain bagi idea... "ko kalau nak selalu tulis blog, ko kena abaikan facebook.. tutup terus akaun facebook tu lagi baguih"...

aku jawab "apa pulak sangkut paut dgn facebooknya... facebook aku pun dekat 2 minggu, adalah aku bukak sekali... paling rajin pun seminggu sekali" sambil mata terkebil kebil pastu garu kepala lutut pulak...


pastu aku pulak soal member aku dgn soalan yg tak berapa nak cerdik...
"Errr... nufnang tu untuk apa sebenarnya ek!
apesal semua blog aku masuk ada nufnang?"

pastu member2 aku dok pandang kat aku dgn pandangan penuh kompiussss...

errrrrrr!!! soalan aku tu, berunsurkan buta IT kahhh????



***esok aku stat sambung menulis***