Tuesday, October 19, 2010

cerpen

Akhirnya...
setelah sehari dua, aku tahan-tahan.. aku tahan-tahan..

hari nih tak boleh nak tahan lagi..
Akhirnya...

"Aku deman jugak"... ohh!!

malas menulis, malas membaca, malas buat kerja... aku nak tidoorrrr...

oh ya! makan ubat pun aku malas jugak... ish!



**sekian cerpen untuk hari ni. kalau yang panjang2 tu nama di cerpan**

Melvin

Aku kenali dia masa hari pertama aku daftarkan diri di pusat pengajian tinggi kat ibu kota… Dia begitu segak berkemeja hijau muda tampil bersama gaya rambut yang aku kira begitu elegan pada masa itu… Kacak! dia memang dianugerahkan dengan kelebihan itu.
Melihat pada matanya yang separa sepet menjeling tajam – yang terlintas pada fikiran singkat aku hanya satu ~ dia sombong!!..

Kami tak berbicara apa-apa, sehinggalah tatkala aku jumpa dia semula di kolej kediaman ke 10… Terkejut aku bukan sedikit… Pemuda cina itu – adalah teman sebilik aku…

“Saya Melvin… Asal Kuala Lumpur,” dia bersuara sambil hulurkan tangan… salamnya aku sambut. Wah! Dia fasih berbahasa Melayu…

Sejak itu dia jadi rakan karib aku walaupun berlainan jabatan pengajian. Aku major di Jabatan Pengajian Media dan dia menekuni ilmu di Jabatan Seni Persembahan. Seperti aku, dia juga anak keempat dari anggota keluarganya..

Setahun mengenalinya, terdetik juga di hati aku apa dia ini memang ikhlas bergaul dengan orang-orang melayu. (anehnya dia tidak terlalu rapat dengan rakan-rakan sebangsanya) dan apakah motifnya rapat dengan aku. Pun aku cuba padamkan wasangka. aku terus bersahabat dengannya hari demi hari demi hari demi hari……

Hinggalah pada ketibaan Ramadan pada satu tahun… terkejut aku bila dia berkata;
“Aku nak sahur dengan kau, nanti jangan lupa ajak aku.”

Aku terpana… dan mula yakin dengan kejujurannya bertutur dalam lenggok bahasa Melayu padahal dia terdidik di sekolah Aliran Inggeris (MGS).
Yakin dengan kesungguhannya… dia berbaju melayu bila hari Jumaat yang pada aku melebihi pelajar-pelajar melayu yang lain.. aku mula yakin dengan ketulusannya bersahabat dengan aku selama ini.

Pada tahun kedua…
“Aku dah reserve kan bilik untuk kau.”…
Sebagai pembantu pelajar, dia berhak memilih roommate…

“Eh! Kita nak jadi roommate lagi ke?”

“Yalah… kan aku dah kenal kau, kau pun dah kenal aku.” Jawabnya agak selamba..

Tahun ke dua meyambut Ramadan di kolej, dia masih mengulangi amalan berpuasa…
Aku sekali lagi terharu… Dia ikut mengambil makanan di kafe, menunggu azan Maghrib berkumandang dan dinihari sama-sama bersahur. Malah dia pula yang selalu utarakan pertanyaan “Kau pergi tarawih tak malam ni?”…

Diam-diam aku anggapnya sebagai adik beradik sendiri.

Waktu sesekali keluar membeli-belah, apabila masuk waktu solat dia akan berkata, “Nanti aku carikan surau untuk kau.”…

Dan pengalaman manis yang tak akan aku lupa sampai bila-bila, saat aku mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada malam-malam Ramadan dia akan duduk di sebelahku dan mendengarnya penuh minat.

Hanya sewaktu tahun ke tiga dan keempat pengajian… kami bukan lagi teman sebilik. Tetapi Melvin masih lagi mencari aku, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bermula. Pertanyaannya yang menusuk hati.. “Nanti engkau nak berbuka kat mana?”.. dan saat Syawal menjelma bicaranya “Jangan lupa kuih raya untuk aku tau!”

Sejak itu, aku selalu mendoakan agar Allah memberi dia ‘Nur’ dan ‘Hidayah’… aku mula menghadiahi atau meminjamkan buku-buku agama berkenaan motivasi atau penghayatan Islam – sementelah kami berkongsi minat yang sama--- BUKU….

Aku perhatikan dia memang meminati budaya melayu. Cuma bila pula dia akan mencintai Islam? Ada masa, aku berseloroh dengannya… “Kau ni.. bila lah agaknya nak jadi Muslim hah?” dan dia menjawab… “Sabarlah… InsyaAllah, akan tiba jugak masanya..”

Kami agak renggang bila masing-masing menamatkan pengajian dan bekerja, kerana hambatan masa… Namun, kad ucapan hari lahir, kad selamat hari raya (pernah dia tulis nama aku dan namanya dalam tulisan jawi), telefon.. emel.. SMS menjadi penyambung persahabatan…

Ketika hari bersejarah waktu pernikahan aku dulu, dia adalah orang pertama hadir... menemankan aku di saat-saat gentar... sehari lebih awal dari tarikh pernikahan, dia telah tiba. Dan dia jugalah yang menjadi pengapit ku di hari itu...

Ketika dia mula berkhidmat sebagai pensyarah, sesekali aku menjenguknya. Ada ketikanya kami keluar bersantai sambil bercerita di restoran makanan segera yang digemarinya…

“Kau ni, bila lagi nak jadi Muslim?” aku memang tak pernah lupa membariskan pertanyaan itu bila bersua dengannya…
“Kau ni tak reti sabar ke? InsyaAllah,” Jawabnya seakan marah… aku maklum sikapnya dan hanya ketawa…

Dan ketika aku menamatkan pula pengajian aku dalam bidang seni reka graphic (secara sambilan) dan aku diterima kerja di bidang ini pula… rutin hidup menjadi sangat sibuk dan rumit. Aku pasti begitu juga dengan dia… Kami tidak ada ruang bertemu. Malah kami jarang juga bertelefon… Hanya emel sebagai penyambung – dan aku pula menjadi begitu malas membuka peti emel… hah!

Ada ketikanya dia bertanya, “Bila kita nak jumpa?”…
Dan jawapan aku.. “Maaf, aku sibuk sangat!!”… dan hakikatnya memang itu. Sibuk…

Melebihi setengah tahun kami tidak bersua muka…

Dan perkhabaran tengahari itu melalui SMSnya…
“Aku jemput kau ke majlis pernikahanku minggu depan. Nanti aku call kau lagi”… buat aku terpana tak senang duduk… Perkataan NIKAH itu… hahhh

Serta merta aku mendail nombornya…

....“Bila kau Muslim???”

Dia jawab… “Dah nak masuk 4 bulan”…

Aku membalas, “Sampai hati kau tak bagi tau aku”… seakan merajuk dan kesal…

“Aku sering ajak kau keluar, kau kata kau sibuk… tak apalah kan… apa bezanya beritahu kau hari ni dengan beritahu kau 4 bulan yang lalu?”

sekali lagi aku terpana..

Ah!... memang silapaku tidak membuka ruang untuknya menceritakan hari bahagianya… aku membuat persoalan… aku kah bertindak agak kejam… atau memang masa yang kejam, atau aku sendiri kejam kerana membiarkan masa bertindak agak kejam… (hakikat manusia… mulalah menyalahkan perkara lain bila sesuatu perkara berlaku)

Malam itu… memikirkan dia… tanpa sedar aku menangis… jiwa aku tersentuh. Betapa kerdilnya kita sebagai manusia di sisi Ilahi. Seandainya sesuatu perkara itu memang tertulis, memang termaktub, akan memang terlaksana, tinggal lagi cepat atau lambat.

Aku sujud syukur atas kurniaNya menjadikan Melvin Cheng Wong kini Azhar Shah Cheng Abdullah…

Aku menghadiri masjlis pernikahannnya.. Kami kejap berpelukan ketika bertemu. Aku bukanlah yang jenis mudah menangis... Tapi... demi Allah tak dapat tahan air mata dari terus gugur…

“Huih, kau pulak yang over… gitu pun nak nangis… macam pompuan...” katanya yang memang sangat tampan berbaju melayu rona cream, bersongkok dan bersampin songket… aku memang tak dapat menahan sebak. Barangkali aku tercuit bila mengenangkan pengalaman persahabatan kami sepanjang tempoh 10 tahun lebih, akhirnya Allah menyatukan kami dalam ikatan persaudaraan Islam… Betapa agungnya dia yang maha Khaliq…

Alhamdulillah perkahwinan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
Tahniah.. Selamat Pengantin Baru, Semoga bahagia ke akhir hayat… sahabatku merangkap saudara Muslimku, Azhar Shah Cheng Abdullah… dan pasangannya Nor Mastura Suhaimi!!!...


semoga segala kesejahteaan akan melingkari sepanjang perjalanan hidupmu...


aku sebak...