Friday, December 10, 2010

entri laju-laju

Baiklah.. tak yah intro-intro sebab kali ni kena menulis dengan laju-laju...

modem wifi aku masih ditahap kritikal... tak ada tanda-tanda akan baik lagi dah..
tapi aku rasalah, bukan kritikal lagi dah.. dah boleh dikafankan dan dikebumikan dah tu... oh!!
terbakar, meletup ke hape ntah... nak kata kena panah petir, macam tak de pulak petir@kilat yang ganas-ganas datang melanda sejak aku balik dari indon hari tu...

payahnya, modem baru 200 hengget pulak harga dia. bila ntah bebudak TM nak datang hantar... dah penat aku tunggu. payah takde modem tak boleh nak amalkan amalan mulia ziarah menziarah jengah jengah muka komen2 kat blog korang. tak boleh jugak nak petik-petik jagung kat farmville.. mesti dah habis buruk kering sayur2 aku kat FB sana nuh... sigh!!...

oh ya, ada sikit fakta kesihatan aku nak bagi tahu...
Tahukan anda - bahawa pisang juga boleh menghilangkan sakit/perit tekak???...
...
...
tak tahu ya??..
hmmm, baguss, sebab aku pun tak tahu jugak. Fakta ni aku reka je, sebab semalam masa balik kerja kena redah hujan renyai-renyai...
sikit je pun.
tapi ntah badan jenis manja macam tak cukup kasih sayang ke hape ntah tetiba je bila sampai kat rumah tekak dah jadi perit... arghhh.. tapi masih okey lagilah tak mengganggu aku nak nyanyi lagu ziana zain... Pastu turunlah ke dapur nak cari ubat-ubatan, madu ke, stepsil ke yang agak-agak boleh rawat sakit tekak nih...
tetiba je terjumpa pisang.. lalu aku makan lah pisang tu mana tahu kot-kot boleh membantu..
tapi, tak menjadi rupanya.. tak membantu pun. huh...

errr, cukup dululah setakat ni sebuah entri yang ditulis laju-laju **curi guna brodband bini aku tanpa kebenaran**

nanti modem dah elok nanti aku sambung pasal indon..

nak pegi beli strepsil kejap...


Sunday, December 5, 2010

bukan jutawan lagi dah...

"Saya dah balikk"... **bunyi macam nobita baru balik dari sekolah jerit suruh mak dia dengar..

Oh!... alangkah leganya berada di rumah. setelah sekian lama berada di perantauan, tak sanggup berterusan menanggung rindu dendam... oh tanah air ku... oh! rumah manis rumah
- okey, dah sudah kau jangan over sangat. baru dok kat indon tak sampai seminggu dah berangan macam student yg dah 4 tahun dok mengaji kat korea...

Emmm.. menjalani hidup sebagai jutawan memang asyik bangat.. meng'abiskan uang, waktu dan juga tenaga, persis anak raja yang mula tak sedar diri bila sampai masanya kena kerja bertungkus lumus semula nak cover balik mana-mana yang dah dihabiskan..

but! sape peduli kan??.. selagi kita gembira, happy, rupiah tu boleh cari lagi.
dan ya.. sekarang kena kembali sedar diri.. aku bukan jutawan lagi yang enak-enak menghabiskan uang dan baki-baki hari cuti yang tak habis untuk berhanimun.
kembali semula ke dunia normal yang menyengat...
aku bukan lagi jutawan. so! kalau ada sesape yang cuba-cuba nak mintak bantuan ke, derma ke hape ke dekat aku... aku dah tak boleh nak bagi banyak-banyak lagi dah... seikhlas hati jelah.

Indonesia???...
apa yang menarik??...
ohh.. terlalu banyak sebenarnya... aku kira kau pun sudah tahu tentang kehebatan bali... kepulauan yang bagi aku lebih kepada kepulauan lucah.. lucah yang berada di merata-rata... sehinggakan lelaki-lelaki tempatan yang berupa paras agak baik dan agak kurang baik dengan terbuka menggoda lelaki-lelaki pelancong untuk memberi khidmat seks... yang lelaki lebih bergiat aktif berbanding kaum wanita...
oh!! bali ni apa sebenarnya...
kelucahan yang berada di merata-rata sehinggakan kedai-kedai cenderahati mereka merata-rata menjual ukiran-ukiran kayu yang berbentuk ehem-ehem anuuuu milik lelaki.. goshh!!
dan juga kelucahan dimana wanita-wanita mereka sanggup berbogel untuk menjadi model-model bagi sesebuah lukisan. dan tergantung di bahagian dinding bilik pameran lukisan untuk dijual, adalah gambar-gambar wanita tempatan yang dengan gembiranya sedang berbogel...

Ahhh.. lucah di merata-rata.

Tapii... BALI memang satu tempat yang cantik bangat... terlalu cantik panoramanya,

***
Venue: Ubud - Bali... i love this place. very much.. it is a quite village in Bali. Discover this village for urself... get off the car, walk off the beach, leave the hotel lobby.. walk through the fields at sunrise.
... Leave behind the camera, the list of places to go, things to do and stuff to buy. Walk down a dirt path where fisherman nod and call out: 'Mau ke mana mas?'... Answer simply : 'Jalan-jalan '..., 'just walking'. Walk slowly, slowly enough to hear the wind in the bamboo, the wings of dragon fly, and the soft footfalls of grace....

.. .on my trip to bli kali ni... I met a man, called William Vickery. He was a retired Private First Class from the US army. He lives in Hawaii and moves every 6 months between Hawaii, and Bali.... I will never forget his wise words: "I travel between Heaven and Paradise..."


eh!! tetiba macam ter ' i sound silly when i speak i malay u see pulak'.. ishh!!

Ok.. cukup dululah pasal bali... tak payah kot nak isi gambar-gambar. aku pasti kau semua memang dah biasa tengok gambar-gambar keindahan bali..

Kalau aku rajin nanti aku cerita pasal karapan sapi kat Madura pulak...
sekarang tak boleh nak tulis banyak-banyak...
Lappy & modem kat rumah aku dah jahanam kena panah petir ke hape ntah... ni kena curi-curi masa menulis kat opis...

Oh! ya.. sebelum terlupa, baru nih kat bali aku terserempak dengan selebriti negara kita lelaki, dengan makwe dia... dengan hanya berpakain ciput di swiming pool... hahah.. nasib baik aku nih baik. kalau tak baik, boleh je aku jadi paparazi ambik gambar pastu bagi kat fara fauzana melody...
hahah. tapi tak.. aku tak buat. kesian kat artis-artis kita. terpaksa berjalan jauh-jauh sampai ke bali untuk berjemur dgn hanya memakai pakaian yang ciputtt... kalau kat negara kita tu, namampos ko nak kena hentam kalau kau buat gitu, pastu gambar tersebar kat marata-rata facebook..
ok dah. dah banyak masa kau curi nih, boss marah pulak nanti..