Sunday, January 2, 2011

36...

Salam awal Januari.

Awal tahun... Rasanya ada kerja dan beberapa perkara lain yang perlu dipertingkatkan lagi. Walau cuma boleh bertahan beberapa bulan... namun saya berharap mampu menjadi lebih serius dalam mendengar, melihat, merasa dan kemudiannya berkata-kata... Oh la la... Hidup memang perlu liburan.
(ok, otak perlu diperah lagi untuk mencari idea lebih kreatif utuk segala tugasan)

Semangat baru, tidak selalu disertai dengan jalan yang indah. Kadang kita besemangat melaksanakan sesuatu, tapi apa yang kita hadapi tidak sesuai dengan yang kita inginkan. Di sini semangat kita diuji, apakah kita tetap berupaya melakukan yang terbaik walaupun dengan senario yang berbeza? Atau adakah kita akan menyerah begitu saja?

Ada orang seolah-olah mahu jadi yang terhebat sahaja. Orang yang jiwanya besar akan punya impian yang besar. Orang yang punya jiwa yang kecil selalunya punya keinginan yang kecil juga. Orang yang tidak punya impian bukanlah orang namanya. Sebab tiap orang pasti akan punya keinginan. Inilah namanya nafsu. Justeru nafsu akan terus mekar dan berkembang...

ok... semoga akan terus bersemangat dalam apa2 pun yang akan kita lakukan.

3 comments:

Misz-ella said...

Ha .. yg ni ringkas sikit. If not kakchik kena cari masa utk baca, fokus dan faham. sbb n3 b4 sumenya pjg2. haha ..

vict said...

hahah.. ingat tahun baru ni nak kurangkan sikit entri yg merepek meraban tu semua.. nak buat entri2 yg ada isi je... kot2 nak merepek pun sekali sekala jelah.

kin said...

Assalamualaikum.... Ada ke tuan umah ni?
Lama nyer tak hupdet belog... Sihat ke? ... :D