Friday, December 10, 2010

entri laju-laju

Baiklah.. tak yah intro-intro sebab kali ni kena menulis dengan laju-laju...

modem wifi aku masih ditahap kritikal... tak ada tanda-tanda akan baik lagi dah..
tapi aku rasalah, bukan kritikal lagi dah.. dah boleh dikafankan dan dikebumikan dah tu... oh!!
terbakar, meletup ke hape ntah... nak kata kena panah petir, macam tak de pulak petir@kilat yang ganas-ganas datang melanda sejak aku balik dari indon hari tu...

payahnya, modem baru 200 hengget pulak harga dia. bila ntah bebudak TM nak datang hantar... dah penat aku tunggu. payah takde modem tak boleh nak amalkan amalan mulia ziarah menziarah jengah jengah muka komen2 kat blog korang. tak boleh jugak nak petik-petik jagung kat farmville.. mesti dah habis buruk kering sayur2 aku kat FB sana nuh... sigh!!...

oh ya, ada sikit fakta kesihatan aku nak bagi tahu...
Tahukan anda - bahawa pisang juga boleh menghilangkan sakit/perit tekak???...
...
...
tak tahu ya??..
hmmm, baguss, sebab aku pun tak tahu jugak. Fakta ni aku reka je, sebab semalam masa balik kerja kena redah hujan renyai-renyai...
sikit je pun.
tapi ntah badan jenis manja macam tak cukup kasih sayang ke hape ntah tetiba je bila sampai kat rumah tekak dah jadi perit... arghhh.. tapi masih okey lagilah tak mengganggu aku nak nyanyi lagu ziana zain... Pastu turunlah ke dapur nak cari ubat-ubatan, madu ke, stepsil ke yang agak-agak boleh rawat sakit tekak nih...
tetiba je terjumpa pisang.. lalu aku makan lah pisang tu mana tahu kot-kot boleh membantu..
tapi, tak menjadi rupanya.. tak membantu pun. huh...

errr, cukup dululah setakat ni sebuah entri yang ditulis laju-laju **curi guna brodband bini aku tanpa kebenaran**

nanti modem dah elok nanti aku sambung pasal indon..

nak pegi beli strepsil kejap...


2 comments:

::FAIZ:: said...

o patutla lama x nmpk

kin said...

Dr Fadhilah Kamsah pun ada cakap pasal khasiat pisang ni. Elok sangat Vict bagi your boys makan pisang tiap-tiap hari sebagai sarapan.

Pssttt... nak kasik tips.. kalau nak suruh bebudak TM datang cepat sikit. Tepon & buat komplain .. cakap ler u work from home... pastu klu dia kata takleh nak datang hari ni gak... suruh dia panggil supervisornya komplain lagi.. suara garang sikit.. takleh gak, panggil nak ckp dgn manager lak...hehehe... trust me it works.

**(maksud tersirat ialah sbb kita penah buat.... U imagine ye , bila diaorg dgr nama kin je ..dan dan ambik beg start van TM terus datang mengadap... LOL over kan cerita den...haha)

Alamak TERpost entry lak kat sini... maap ye...hehehe