Tuesday, November 23, 2010

Allah Knows Best

Sebenarnya mood tak berapa nak kena sangat lepas ziarahi blog FAIZ FARISH.. kasihan, terkejut, terharu, Kasihan tu sebab bila baca luahan hatinya tentang kisah perjalanan hidupnya yang tidak seberapa indah seperti yang diidamkan...
Ah! itukan hal normal sebuah kehidupan..

Terkejut, terharu bila komen aku yang tak seberapa menjadi pilihan untuk dipublish...

kepada kau, izinkan aku menulis sedikit nasihat . Nasihat dari seorang dewasa yang punya sedikit pengalaman. Atau nasihat dari seorang abang kepada adiknya yang kemurungan...
Abang kepada adik, kan?.. sebab aku sangat pasti perbezaan umur antara kita yang melayakkan aku menjadi abang dan kau berpangkat adik... Untuk kepastian - umur aku sekarang 35 tahun... dan tentunya kau lebih muda dari usia itu... betul kan?..
baiklah, untuk lebih mudah biarlah aku katakan nasihat dari seorang kawan kepada kawan.
Mudahkan?

atau kalau kau tak suka anggap ini sebagi nasihat, anggaplah ia sebagai pendapat. dari seorang yang sedikit dewasa dan terlebih dulu lalui liku-liku cabaran kehidupan.

biarlah kali ini cara aku menulis lari sedikit dari kebiasaan.. tentu boleh saja kan...

Biar aku petik semula ungkapan (yang aku mula merasakan tidak terjangka mampu aku tulis) untuk menasihati kau:

Pernah tak dengar ungakapan ni: - bila dah sedia menyayangi seseorang, kita juga perlu sedia hadapi kehilangannya... (aku lupa kat mana aku baca ni, dulu)

Cinta dan rasa ingin memiliki itu tidak sama....
cinta adalah bila kau ingin lihat dia bahagia... rasa ingin memiliki tu pulak bila kau ingin diri kau bahagia... so, sekiranya apa pun keputusan dari dia, kalau itu yang membahagiakan dia kau kena relakan sebab itulah cinta
.

rela lepaskan sesuatu yang baik dgn redha, satu masa akan diganti dgn hal yang lebih baik lagi...
Allah tu adil. terus usaha.. kalau tak dapat yg pertama, ke2, ke3 dan ke4... yang ke5 akan bakal kau miliki... kalau ke5 jugak bukan ditentukan untuk kau, masih diberi peluang utk ke6... atau ke7... atau ke8... atau keseterusnya... yg penting jgn pernah putus asa, jgn pernah berhenti berdoa meminta...

dan satu lagi... kalau rasa perlu menangis, jgn ditahan-tahan air mata tu... tengisan adalah terapi jiwa yang hebat...
...

Kita tak akan dapat semua perkara yang kita nak... itulah hidup. kalau kita mahu dapat apa sahaja yang kita inginkan, mana bahagiannya untuk orang lain. Sebab, memang dah ditentukan, ada bahagian untuk orang lain, dan bahagian untuk kita pun ada juga. Cuma masa untuk kita dapat bahagian kita tu masih belum tiba. Masanya akan sampai jugak... cumanya cepat atau lambat je.
dan seandainya, masa yang ditunggu-tunggu tu masih tak kunjung tiba, janganlah berburuk sangka. dengan nasib, dengan takdir, lebih-lebih lagi dengan Tuhan.
Ingat, apa pun keadaannya Allah Knows best... kita sekadar berusaha keras untuk merancang. Kalau ianya tak menjadi seperti yang dirancangkan.. Yakinlah... Allah knows best. Pasti Allah menentukan begitu. Sebab ianya paling sesuai untuk kita pada masa itu.
Kita merancang.. DIA jugalah sebaik-baik perancang...

... Masa kini adalah apa yang kita inginkan. Hidup juga kerananya, kegembiraan kita adalah atas usaha kita juga. Kalau kita memilih untuk berduka. Buatlah sampai puas, berdukalah semahunya. Tapi mungkin kedukaan kita akan lebih memberi derita kepada orang yang benar-benar menyayangi kita tanpa syarat. Kedua ibu bapa kita misalnya, merekalah yang paling terseksa bila melihat kita seperti telah putus asa dalam hidup. Mereka jadi serba salah jika kita mendiamkan diri dan tidak bermaya..

Perjalanan masih panjang (insyaAllah).. usah menggigil menghadapinya walau sendirian. jangan takut dengan kesendirian, kelak bila telah terputus hayat kesudahannya kita akan sendiran juga..
Memang payah pada mulanya tapi masa juga akan menyembuhkan segala luka. Mana ubatnya? Kita perlu menyembuhkannya sendiri. Ubatnya adalah bila kita telah sedar bahawa segala yang berlaku adalah atas ketentuanNya. Semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz. Bila kita menyedari tidak semua orang berfikiran selari dengan kemahuan kita...

Aku juga telah belajar dari pengalaman... kau juga akan begitu
Andai ada kenangan yang perlu dilupakan.. lupakanlah.. Lupakan sahaja tapi jangan dikikis kesemuanya. Simpan sedikit untuk dijadikan pengajaran ~ bina segalanya dari keruntuhan itu. Bina ruang baru untuk sesuatu yang baik buat diri kita sendiri. Mungkin kita tidak mampu menempuhinya semula. Tapi itu adalah kitaran yang perlu kita lalui. Dalam hidup ini kita punya pilihan, kerana itulah titik mula segalanya. Kerana pilihan jugalah dia melangkah pergi. Dia memilih untuk meninggalkan segala kenangan yang ada. Biarkanlah, mungkin itu lebih baik baginya. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa kita disisinya.. dan mungkin juga kita akan lebih bahagia tanpa dia di sisi kita... Percayalah, pengalaman luka ini akan mendewasakan mu...

Jika kau sudi menerima ini sebagai kata-kata nasihat, maka bersabarlah... bersyukurlah... berhentilah berduka... masih ada mereka yang perlukan kau tersenyum... jadi senyumlah... :)


6 comments:

::FAIZ:: said...

Abang, izinkan Saya memanggil Abang. Saya Amat terharu bila baca Entri abang ni. Sebab ketika saya rasa keseorangan, rupanya ada insan lain yang amat baik dan ingat akan saya. Terima kasih lagi atas segalanya. kata-kata abang saya simpan buat saya mencari kekuatan. InsyaAllah, saya akan mampu hadapi segala Ujian ini.

kin said...

yup i 2nd that, Vict. In any ways pun Allah itu tetap Maha adil. Jika kita berfikiran positif, insyaAllah kita akan end up with a good judgement.Our life experiences should make us a better a person not the another way round, ye tak gitu? ;) ... if not kita tergolong dlm golongan mereka-mereka yg rugi.

Berharap HANYA pd Allah... Doa... Sabar... Maaf-memaafi are the best remedy. InsyaAllah hati itu sentiasa tenang :)

theblabber said...

Cinta dan rasa ingin memiliki itu tidak sama....
cinta adalah bila kau ingin lihat dia bahagia... rasa ingin memiliki tu pulak bila kau ingin diri kau bahagia... so, sekiranya apa pun keputusan dari dia, kalau itu yang membahagiakan dia kau kena relakan sebab itulah cinta.

wise sungguh!! makasih!
haha

EYA NADIA said...

eya pun ade sokong farish okay!

vict said...

faiz.. its ok... jgn ingat hanya kita yg sedang bedukacita sekarang nih.. masih ramai diluar sana yg diberi ujian yg lebih hebat... bersyukurlah sebab ujian yg kita dpt sebenarnya tidaklah sehebatmana sangt kalau dibandingkan dgn yg lain... senyum! :)

kin... betul.. i like it. true indeed.

theblabber.. kedua2 sifat ni pun memang kena ada dalam diri. tapi sila utamakan rasa cintalah. kalau dia juga cintakan kau, maka dia juga hanya mahukan kau bahagia seprtimana kau mahuakan dia bahagia.. sudahnya, kedua-dua kau dan dia akan bahagia.

eya.. baguslah, sama-sama kita bagi sokongan utk dia... hari ni hari dia kan. esok lusa sape yg tahu.

::FAIZ:: said...

Thanks Abang... Thanks Eya Nadya