Saturday, November 20, 2010

Comelnya anak engko...

Baiklah... sekiranya kau semua merasakan tajuk pasal comel tu ditujukan kepada anak-anak aku, oleh kawan-kawan aku, aku rasa baik kau fikir semula sebab anggapan kau tersebut memang salah.. sama sekali salah...

lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan kepada anak-anak aku, oleh kawan-kawan isteri aku pulak, itu pun aku nak suruh kau fikir semula sebab anggapan kau tersebut jugak tak betul... sama sekali tak betul...

Lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan oleh aku kepada anak-anak kawan-kawan aku pulak, itu pun kau tak betul jugak. jadi lebih baik kau fikirkan jawapan yang lain pulak...

dan lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan oleh isteri aku kepada anak-anak kawan-kawan isteri aku, itu jugak kau tak betul..

lepas tu kalau kau rasa tajuk pasal... err... errr.. pasal comel tu.. errrr...

ok! baiklah...
sedang melalut memutar belit nak bagi panjang entri sebenarnya.
errr...
ok tak teknik-teknik memanjangkan karangan mcm kat atas tu... pasal satu intro yang tak berapa nak hebat tapi diulang-ulang... dengan isi yang berbeza sikit-sikit... sebenarnya, ni bolehlah dibuat sebagai teknik menjawab karangan bahasa melayu SPM - yang tidak melebihi 360 patah perkataan. kau bolehlah cuba.. kalau kau rasa masih tak cukup panjang berjela, bolehlah diolah lagi ikut suka kepala otak kau pulak..
contohnya seperti : kalau kau rasa tajuk pasal comel tu ditujukan oleh emak aku kepada aku... errrr...
ok! ok!.. dah meluat
aku stop melalut...

mari terus kembali kepangkal jalan...

masa hari raya yang lepas... raya kedua, waktu dok layan anak-anak tengok cerita katun kat rumah mak aku. sebelum tu layan anak-anak sedare tengok citer sifu & tongga untuk kali yang berapa ntah..
kali yang 79 kot.
tak pun kali ke 78...
atau pun kali ke 80..
gitulah kot lebih kurang jumlahnya..

ok! nevermind.

masa raya ke dua, tiba-tiba... rumah aku dikunjungi satu keluarga. ya, satu keluarga yang datang nak beraya... beraya lah kot... kalau kata datang nak meminang macam tak berapa nak tepatlah pulak sebab tak nampak pulak sirih junjung dengan dulang-dulang lain yang segala bagai untuk diguna masa orang meminang tuh...

okeylah... teruskan ya. jangan suka melalut.
aku yang masa tu dok tengok tv, layan anak-anak tengok katun... teruslah dokong anak-anak aku guna tangan kiri dan kanan. - ko tau lah budak kembar yang tak de kerja lain asyik nak jeles je sesama diorang... kalau sorang kena dokong, sorang lagi mesti meraung nak dokong sama... pastu kalau yang sorang aku letak suruh bejalan sendiri, sorang lagi pulak meraung nak suruh diletak sebab nak jalan sendiri sama... hish!...

okey... teruskan.
sebab kunjungan tu. aku pun bawak lah anak-anak aku ke ruang dapur... tak naklah anak-anak aku buat kacau orang-orang tua besembang.. ambik benda tu, tarik benda ni, tumpahkan sirap orang tu, lempar biskut kat budak ni... maklumlah bebudak baru belajar nak jadi ganas...
ntah menurun perangai sape ntah...
rasanya bapak diorang baiikkkk je perangainya... mana suka buat kecoh nak tunjuk hero kat orang yang datang betandang. apatah lagi kalau yang datang tu ada bawak ana-anak dara yang agak-agak menawan kalbu. lagilah bapak budak-budak berdua tu tersipu-sipu siput...
almaklumlahkan...
pemalu...
ni menurun perangai umi diorang kott...

yang datang bekunjung satu family tu rupa-rupanya kawan mak aku yang dah lamaaaaaaaa tak jumpa.

kawan masa sekolah dulu... (okey! yang ni aku reka).

mereka sebenarnya, anak-anak jiran nenek aku kat kampung dulu (yang ni pun aku reka jugak)..

sebenarnya, salah seorang dari mereka adalah bekas awek ayah aku masa dia bujang dulu.. (ok! nampak gayanya, fakta rekaan kau nak makin nak melampau... apa kata kalau kau stop reka-reka andaian tu sekarang..)

baiklah.
tak kisahlah siapa pun mereka, mereka adalah kawan-kawan lama mak aku. kawan masa muda-mudi dulu, sampailah ke zaman tua-tui sekarang....

lalu duduklah mereka seperti orang-orang yang datang nak beraya.. bukak balang biskut tu, suap biskut almon london nih.. makan ketupat cecah rendang... makan nasik dagang..
alah..
macam biasalah.
macam kebiasaan oarang datang beraya. tak yahlah aku nak cerita sebijik-sebijik kot.

aku pun yang masa tu dah hantar anak-anak kat umi diorang, keluarlah semula nak bersalam dengan tetamu.
anak yang baik kan. nak buat macamana lagi. gitulah perangai dia.

seb baik yang datang tu berdua je... sepasang suami isteri tanpa anak-anak... kalaulah masa tu diorang ada bawak anak-anak dara sekali. mesti aku masa tu kemalu-maluan, tersipu-sipu siput jalan sambil berbongkok ala-ala lelaki melayu terakhir.

Aku pun bersalam dengan makcik dan pakcik tu tanpa mengharapkan sebarang duit raya... ...

lepas tu duduklah kat situ sekejap... kejap je...

Tetiba makcik tu boleh tanya kat mak aku...

"Ni anak ko yang mana ni Ani?"...

"Vict! anak yang nombor 4.. yang lain-lain tak balik pun"... jawab mak aku tanpa rasa gugup.

"Vict!!.. Uih, dah besar... dulu makcik jumpa ko, kecikkk je lagi"...
makcik ni pernah jumpa aku... bila??... aku cuba ingat balik zaman aku kecik-kecik dulu...
tapi, sumpah aku tak hengat... makcik ni sape...

tiba-tiba dia bagi statment nih... "Comelnya anak engko yang nih... dah tinggi"... (aku kasi bold biar jelas)

mak aku cuma gelak..
aku senyum tersipu-sipu buat mulut macam siput... bangga dan kembang.. heheh..

sebenarnya aku wonder jugak...
lepas aku dah berbini dan beranak ni ramai pulak yang kata aku comel... hensem.. lawa.. dan watsoever yang sama waktu dengannya... masa aku bujang-bujang dulu takde sape pulak nak puji.

"dah kawin anak ko yang nih"... tanya makcik tu lagi.

aku macam nak tersedak..

"Dah... dah beranak pinak dah pun... tapi takpe, baru sorang bini dia, masih ada 3 tempat kosong lagi..."

"Oh! ye ke?... ko tak kisah ke kalau dapat kawen 2 orang vict.. makcik ada anak dara sorang, bekenan makcik nak jodohkan dengan ko" kata makcik tu..

"Ehh! ye ke makcik... saya tak kisah. saya suka, bak orang-orang tua kata... kecik tapak tangan stadium merdeka saya tadahkan.. bila nak dijodohkannya"... aku jawab dengan tak sabar-sabar..."

**baiklah, ayat yang bertulisan merah tu jangan percaya ya aku tipu .**

aku tak tahu apa sebenarnya yang diorang bualkan lepas tu... sebab aku dah mintak diri. tak nak kacau orang-orang tua besembang...
lagi satu aku dah kembang pasal makcik tu cakap aku comel... heheheh...

oh ya!! pasal tajuk tu... bukan ditujukan kat anak aku ya...
tapi dekat aku...

aku comel!!... ohh riaknya...

3 comments:

kin said...

sikit jauh punya konar lar, Vict oi... hadoi.... betuah.

Chomel ke? ... bak sini gamba den nak tengok :P

vict said...

tu nama dia teknik menjawab karangan bahasa melayu spm lah kin...

mana ada comel pun. diorang tu rabun warna, dah tak boleh beza yg mana comel yang mana hensem... hishh..

Misz-ella said...

Hahaha .. jauhnya konar baring!! hehe .. jarang org lelaki blh buat n3 sepjg ini. bagus awak eh. hehe ..