Dan akhirnya kesihatan pun beransur pulih.
“Sesekali kita harus diberikan sakit… supaya kita tahu menghargai ertinya sihat”…
dan kenangan biarlah terus bertahan di situ... di satu sudut hati.. yang.. errr.. errr.. errrrrr... yang...
.... Baiklah! aku tidak berapa berkenankan mukadimah kat atas nih..
sebuah mukadimah yang agak skima.
dan sedikit jiwang...
dan sedikit bunga-bunga...
Biarlah aku fikirkan satu mukadimah yang lain pulak.
yang tidak skima, tidak jiwang dan tidak berbunga-bunga...
Ah!.. kenapalah nak peningkan kepala fikirkan pasal mukadimah hah?.
Entri kali ni kita tak payah isi mukadimah.
Mudah kan?
Ok! mulakan tanpa mukadimah...
- .
Kalau mahu di buat perbadingan.. atau mahu dibuat pilihan.. Antara 'Batuk' dengan 'Ubat Batuk'... Maka dengan senang hati dan tanpa ragu-ragu aku lebih rela memilih 'Batuk'.. dan menendang ubat batuk...
Jadi bolehlah dibuat kesimpulan yang nyata, betapa bencinya aku nak tengok muka 'Ubat Batuk'... Ya! dan aku tidak tahu lah kalau ada diantara kau kat sana yang sukakan ubat batuk.. (tapi hakikatnya memang ada sejenis atau beberapa jenis manusia aneh yang memang gemarkan ubat batuk dan sanggup meneguknya walaupun tak batuk)..
Aku selalu menganggap ubat batuk adalah musuh tradisi aku sejak dari azali...
tapi! betul!!.. kau tahu, aku lebih sanggup hadapi batuk yang teruk. Namun untuk aku minum ubat batuk, Huh! never... nehiiii... tidak sama sekali.
Nak membayang kan wajah ubat batuk yang 'huduh' itu pun aku tak hingin... i hate you lah ubat batuk...
sebab kalau aku batuk, aku prefer memilih rawatan secara tradisional... sebab rasanya lebih enak (ok tak alasan tu), you know, rawatan tradisional utuk batuk.. - minum madu, air limau. mudah utk dinikmati.. sedap pun sedap...biar memang tak berkesan pun. yang penting, sedap..
kenapalah ubat batuk tak dicipta dgn perisa vanilla coke.. atau perisa oren twister ke.. aku kira, kalau dia diciptakan begitu, memang sejak dulu ubat batuk akan jadi sahabat kamcing aku. bukanlah musuh ketat seperti selalu-selalu...
Aku baru sembuh dari demam...
sebenarnya, baru tu tak baru sangatlah. dah dekat seminggu lebih dah demam aku dah kebah. Dimana aku mengidap sebuah (sebuah?) demam yang sempurna... maksud aku demam yang berpakej lengkap..
lengkap dengan pening kepala yang aneh-aneh..
lengkap dengan selsema...
dan lengkap dengan batuk...
sempurna kan?
dah kebahlah...
tapi dek kedegilan aku, dan permusuhan aku yang telah berlaku sejak turun temurun dengan ubat batuk... maka, walaupun demam aku dan pakej-pakej lain dan kebah.. Namun, batuk masih jugak mahu bertahan tak nak jugak kebah-kebah.
Awalnya, aku pun bukanlah pedulikan sangat tentang batuk yang taknak kebah tu. Aku pun bukanlah bekerjaya dengan kerja yang melibatkan 'suara' untuk mencari rezeki... seperti penyanyi atau pembaca perita atau dj radio...
tak.
kerja-kerja aku tidak melibatkan penggunaan suara pun. kalau ada pun, guna sikit-sekit jelah nak nanyi lagu ziana zain masa boring-boring... lain-lain hal, suara tak berapa terlibat sangatlah.
Tapi, aku sejak mula terfikir tentang status aku sekarang yang tidaklah bujang lagi seperti dulu-dulu... Macamana kalau virus@bakteria@kuman@watsover yg sewaktu dengan nya yang berpunca dari udara tak sihat dari mulut aku yang terlepas masa aku mem'batuk' tu mula menyinggahi anak-anak aku...
dan mula menjangkiti mereka... dan menyinggahi umi mereka jugak... dan membatukkan mereka2 pulak.??
Hah!
maka aku yang perlu dipertanggungjawabkan...
maka akan berasa berdosa dan bersalahlah aku kerana menjadi 'vektor' pembawak penyakit.
sanggup ke?...
tidak!!... alangkan kalau budak2 tu demam dan batuk, aku rela jadi galang gantinya supaya sakit budak2 berdua tu dapat kat aku dan biarlah budak2 tu sihat... ini pulak aku yang nak bagi penyakit kat diorang...
tidak... tidak...
keadaan tu buatkan aku termenung seketika...
memuhasabah diri...
memikirkan tentang permusuhan antara aku dengan 'ubat batuk' tak akan memberikan sebarang manfaat kepada sesiapa... malahan, akan memberikan mudarat kepada orang di sekitar aku...
huh...
dan aku bermuhasabah lagi - bahawa aku sekarang sedang menulis ayat-ayat yang dah jadi begitu 'over'...
-ko 'over' lah vict...
Maka aku telah membuat keputusan untuk merendahkan rasa ego aku terhadap ubat batuk... aku terpaksa mengakhiri permusuhan antara aku dengan ubat batuk...
maka lepas ni aku terpaksa bersahabat dengan ubat batuk...
oh!
hakikat yang amat menyakitkan...
aku pasrah....
(baiklah! aku 'over' lagi sekali)
Maka, dengan itu... kerana kau berdua anak-anak abah... akhirnya abah mengalah....
(kau lihat... bila kau sudah berkeluarga sendiri, banyak aktiviti-aktiviti dan tabiat2 kau perlu diubah sebab kau ketika itu bukan lagi hidup untuk diri kau semata-mata... kau faham kan)...
Maka pada satu petang lalu aku telah singgah di sebuah klinik kat bandar..
klinik Fadilah...
dan sudah tentulah milik Dr Fadilah.
kerana klinik Suhaizat sudah tentulah dimiliki oleh doktor Suhaizat... dah Klinik Mohd Ali tentunya milik Dr. Mohd Ali.. dan ... Klinik Fadilah tidak wajar dimiliki oleh Dr Mohd Ali, melainkan kalau klinik tu bernama klinik Mohd Ali... (ok cukup! cukup!.... ko jangan lebih-lebih boleh tak)
berkisahlah aku serba sikit dekat Dr Fadilah tu tentang batuk aku...
bila ditanya "dah lama ke batuk"... maka aku jawab "baru 2,3 hari lepas"...
errr... sebuah jawapan nak selamatkan diri.
kau nak mampus nak kena bebel dengan doktor tu kalau kau jawab batuk tu dah dekat 2 minggu tapi tak baik-baik lagi baru nak pergi jumpa dia...
Pastu Dr Fadilah pun lakukanlah aktiviti biasa seorang Doktor...
dia suruh aku angkat baju...
pastu tekap2 steteskop (gitu kot nama dia) kat dada... kat belakang...
pastu dia suruh nganga mulut kemudian dia suluh2 kat dalam mulut...
pastu dia sarungkan apekebenda ntah nama dia tu, dekat bahagian lengan aku nak periksa tekanan darah...
pelik je... aku ni batuk je pun. habis segala benda dia nak chek...
tapi yelah.
dah kerja dia... kalau tak buat karang tak boleh nak cas harga tinggi2 masa nak bayar ubat.. kann..
apa-apa lah.
Dr Fadilah bagi aku sebotol ubat batuk... tak, bukan Dr. Fadilah yang bagi... pembantu klinik tu yang bagi. sebab masa tu Dr Fadilah dah kena layan kerenah pesakit lain pulak.
"Bena Ekspectoran"... - gitulah kot lebih kurang nama ubat batuk tu.
berkotak berwarna Purple...
sedikit kata-kata manis yang memberi sedikit harapan tertulis di bahagian bawah kotaknya...
"Blakcurrant Flavour"...
ya....
Blackcurrant Flavored...
dan janganlah kau menyangka perkara yang enak-enak bila terbacakan tulisan Blackcurrat Flavour kat bahagian kotak ubat batuk. Janganlah kau sangka ubat batuk tersebut akan berperisa seperti air ribena.
sebab jangkaan kau akan meleset sama sekali...
tulisan tu bolehlah diibaratkan 'menanam tebu di pinggir bibir' (rebung beduri di hati) gituuu...
penuh tipu daya...
Sebab rasanya memanglah haghaaammmmmmmm tak sedap langsung. yeaaakkkk!! yeakkk!!!. yeaekkk!!!.
Blackcurrant Flavour konon...
aku pun tak tahulah kot celah mana dia nilai ubat batuk tu sebagai Blackcurrant Flavour...
Mungkin jugak negara pengeluar ubat batuk tu Blackcurrant dia memang berperisa pahit ntah hape-hape macam ubat batuk.
atau mungkin jugak perisa Blackcurrant yang dimaksudkan bukanlah diambil berasaskan buah Blackcurrant. mungkin digunakan rasa dari daunnya...
atau dari getahnya...
atau kulit batang nya...
atau boleh jadi jugak rasa dari akar pokok Blackcurrant...
boleh jadilah...
Tapi tak apa...
Demi permusuhan antara aku dengan ubat batuk yang dah aku mula lupuskan...
lebih-lebih lagi... demi anak-anak aku yang berdua tu, yang aku dah tak dapat nak cium-cium dan gomol-gomol macam selalu... aku terus mengalah...
Akar pokok Blackcurrant pun akar pokok Blackcurrantlah...
Baca Bismillah...
selawat banyak-banyak...
tahan nafas,
tutup mata....
telan...
... eeyyewww... My God!!!
oh ya! satu kelebihan ubat batuk ni - "SILA MINUM BERSAMA SEGELAS AIR" - ayat ni pun ada tulis jugak kat kotak dia.. dan ternyata ayat tersebut memang sangat membantu...
kau taulah, lepas menelan sesudu besar benda alah- hitam- pekat-pahit, dan kau boleh cover rasa yang macam ntah hape-hape tu dengan segelas air... huhhh!! betapa leganya..
Ok!
Baiklah...
Hari ni aku perlu berterima kasih....
-kepada ubat batuk tersebut...
-kepada Dr Fadilah...
-kepada anak-anak yang menjadi faktor pendorong/faktor semangat..
dan lebih-lebih lagi kepada Allah yang menyembuhkan...
Sebab hari ni aku dah boleh menyanyi lagu Ziana Zain kembali tanpa suara yang tersangkut-sangkut lagi...
-kepada Dr Fadilah...
-kepada anak-anak yang menjadi faktor pendorong/faktor semangat..
dan lebih-lebih lagi kepada Allah yang menyembuhkan...
Sebab hari ni aku dah boleh menyanyi lagu Ziana Zain kembali tanpa suara yang tersangkut-sangkut lagi...
4 comments:
ini sure baru pas pekena ubat batuk masa menaip entry ek Vict? ...dari mukadimah ke kisah kejadian asal blackcurrant ....huhuhu
Tetiba lak rasa nak nyanyi lagu adik Ziana Zain yg hensem lagi menawan itewww... Lagu versi terkinisnya bertajuk "Lelaki Ini Yg baru Baik Batuk" :P ... larikkkkkkkk
ey.sedap lah bena ekspectoran!
haha
kin - ziana zain dan ada lagu baru ek?... "lelaki ini yg baru baik batuk".. mcm best je. sape yg buat lagu tu... album baru dia ya.
yenyen- bena ekspectoran??? bestttt??? eeyyyeww... awak tersalah minum tu... vanila coke kot.
adik dia lar Vict :P .. haha
Post a Comment