Monday, February 22, 2010

Misteri yang tak berapa nak misteri tapi ngeri




Prolog:

Ini untuk anak-anak abah...

Engkorang berdua kekuatan abah... Kerana mu, abah korbankan apa saje. andai nyawa jadi taruhan, nyawa ini juga akan abah berikan..



Bahagian 1:
Petang itu abah balik lewat. Ok! bukan petang.. sudah ke waktu malam melepasi waktu Isyak sebenarnya. Bukanlah abah sengaja mahu pulang lewat. Abah tahu engkorang berdua, bertiga termasuk bini abah sedang menunggu abah pulang... runsing barangkali sebab beberapa kali jugak abah dihubungi umi engkorang menanyakan kenapa tak balik lagi..

Ah! bukan!! bukan sengaja abah mahu pulang lewat. Tapi apa lagi pilihan yang abah ada bila kerja-kerja bertimbun mintak segera disudahkan. Kalau engkorang berdua rindukan abah... percayalah, abah berlipat kali ganda lagi merindui engkorang...

Dan abah bukanlah tak biasa pulang lewat, tapi hari itu agak terlebih lewat sikit... ok!! baiklah! terlebih lewat banyak. Tapi percaya cakap abah. Bukan abah sengajakan. kalau boleh sepanjang masa abah nak temani engkorang, tapi apakan daya abah... mulut engkorang abah perlu suap jugak kan. jadi abah pasrah!! ohhhhhh!!...

Bahagian 2:
Hari itu abah pilih untuk bermotorsikal sahaja ke tempat kerja - tiap-tiap hari pun abah pilih untuk bermotorsikal sebab kereta nan satu itu tetap manjadi pilahan kalbu umi engkorang untuk digunakan ke tempat kerjanya... tak apa. demi cinta abah pada umi engkorang abah relakan.. di samping itu, abah juga boleh meneruskan hobi abah sebagai mat rempit (separuh masa)...

Bahagian 3:
Hari telah melepasi waktu Isyak... Lebih kurang menghampiri ke pukul 10.00 malam, abah keluar dari tempat kerja yg semakin menyesakkan kepala hotak abah ni. Menuju ke arah motorsikal, menghidupkan enjin dan meneruskan perjalanan pulang dengan di mulakan dengan kalimah mulia "Bismillah Hirahmanirrahim"...

Abah memulakan memandu motorsikal dengan penuh berhemah... bersopan santun dan dengan kelajuan yang sederhana laju... errr!! tak! tak! tak sederhana pun, dengan agak laju sebenarnya... errrr... oklah! fine!! memang abah bawak motor laju sangat. maklumlah malam-malam kereta tak banyak sangat... jadi abah sekadar nak membangkitkan memori abah di zaman bujang dulu iaitu "memori usang si mat rempit sepenuh masa"...

Bahagian 4:
Untuk pengetahuan mu anak-anak abah... melalui laluan abah untuk pulang menemui engkorang saban hari, abah akan (terpaksa) melintasi satu kawasan "keras" merentasi kawasan hutan yang agak tebal juga dan terpaksa mendaki bukit yang laluannya agak bengkang-bengkok di hiasi gaung yg dalam di sebelah jalan, dan di hiasi dengan bukit yang tinggi di sebelah yang satu lagi...

Yang dihiasi pula dengan pohon-pohon kayu besar dan gagah tinggi melangut yang mana di dahan-dahan pohon kayu gagah dan tinggi melangut itu di tempeli pula dengan pokok-pokok paku tanduk rusa yang juga menjadi salah satu kegilaan umi engkorang untuk di tanam dengan cara mengikat pada pokok mempelam yang ada di depan rumah kita...

Abah pun pelik, sanggup pulak dia habiskan duit 20 hengget lebih semata-mata nak beli anak pokok tu yang kecik ciput je... hahah!
tapi tak apa lah. itu urusan orang-orang pompuan. Mereka lebih bijak tentang dunia mereka dan abah tak pulak bebel panjang sangat sebab umi engkorang tak pernah jugak bebel bila abah tengok bola sampai pagi... malahan dia siap bancuhkan nescafe pulak lagi tak nak bagi abah mengantuk masa tengok bola.

begitulah umi engkorang, sangat memahami minat abah, dan abah juga sedang belajar untuk memahai minat beliau juga - tapi bagaimanakah caranya - takkanlah masa umi engkorang tu sedang sibuk tanam pokok tanduk rusa, abah pun kena bancuh nescafe jugak untuk dihidangkan kepadanya supaya umi engkorang tak mengantuk???.. errrr... Tidak sesuai barangkali kalau abah bertindak begitu... tapi abah mugkin boleh menghidangkan air sirap atau air oren sunkuit kan??.. mungkin itu lebih sesuai.

tapi abah akan usaha terus untuk memahami dunia umi kamu... lelaki dgn dunianya... pompuan juga dgn dunianya...

Oklah!! mari kita berbalik kepada kisah abah...
yang abah tulis kawasan 'keras' kat perenggan atas tu bukanlah maksud dia kawasan itu keras sebab jalan dia dibuat dengan batu konkrit atau besi waja atau tembaga tempa atau apa-apalah... tapi 'keras' tu maksud dia kawasan tu agak mistik sikit bersama-sama misteri yang tersembunyi... errrrrr... alah!! kalau abah terangkan panjang lebar pun bukannya engkorang paham. Tunggulah korang besar nanti, lepas tu cuba-cubalah jelajahi kawasan2 keras untuk mengetahui apa maksud 'keras' itu sebenarnya... contohnya mintak kerja dengan krew2 misteri nusantara TV3 nanti...

Bahagian 5:
Malam tu gelap pekat. Langit tak ada bulan dan bintang (tak sempat pulak nak tengok sebenarnya sebab dok bawak motor laju - kena tumpukan perhatian).
Burung hantu berbunyi bersahut sahutan tapi tidak pulak abah mendengarnya kerana diganggu oleh bunyi motor abah sendiri. Abah memandu laju dan mula menghampiri kawasan 'keras' tersebut **yang mana, maksud keras itu akan abah terangkan kat korang bila korang besar nanti**

-untuk pengetahuan engkorang wahai anak-anak abah... abah ni, walaupun nampak ganas, berkepala botak, bermisai lebat janggut dan jambang. dan kelihatan gagah bak samseng.. tapi dalam hati abah ni penuh dengan taman. Jadi abah kena mengaku, yang abah ni bukannya berani sangat sebenarnya. Kalau engkorang tgok abah tonton citer2 hantu kat tv dengan umi engkorang, abah nampak selamba je macam tak ada apa-apa yg berlaku, tu abah berlakon je sebenarnya. Abah saje je nak tunjuk macho kat umi engkorang biar dia kagum dan bangga mengatakan suaminya ini seorang yang berani...
hakikatnya, kalau abah tengok citer hantu sorang-sorang, abah akan menutup muka dengan bantal bila tiba dekat scene keluar muka hantu... atau sekurang-kurangnya abah tutup muka dengan tapak tangan dan mengintai kot celah-celah jari... ish! ish!... malunya abah nak ngaku. Ohhhh!!!!...

Bahagian 6:
Biasanya, bila terpaksa balik malam-malam dan melintasi kawasan keras itu, abah akan mengekori kenderaan-kenderaan lain atau biarkan kenderaan lain mengekori abah untuk nak cover rasa takut yang bersarang di hati.
Selalunya bila ada kenderaan lain, abah rasa lebih selamat sebab bila melintasi kawasan bukit yang 'keras' itu, abah akan berimiginasi perkara yang bukan-bukan... seperti membayangkan melihat ahli sihir@nenek kebayan terbang menggunakan penyapu melintasi pokok besar yang telah kering dan berlatar belakangkan bulan purnama yang besar... errr, ngeri tak imaginasi mcm gitu.

Ok! seperti yang abah nyatakan kat perenggan atas, untuk cover rasa takut, abah hanya mengekori kenderaan-kenderaan lain atau pun tidak membenarkan kenderaan-kenderaan lain melintas motor abah - kerana itu abah terpaksa mengeluarkan segala skil mat rempit yang biasa abah gunakan masa bujang-bujang dulu.

Tapi malam itu... aneh sikit. bukan sahaja tak ada bulan dan bintang (sebab abah tak boleh nak tengok. Kena tumpukan perhatian pada pemanduan) malah, tidak ada juga walau sebijik kenderaan pun yang melalui kawasan itu... huh!.

Bahagian 7:
Rasa takut mula menular... Bayangan ahli sihir@nenek kebayan terbang menggunakan penyapu bermain di ruang mata... Abah memecut motor pada kelajuan impak maksima... terasa sgt seronok bawak motor laju begitu (sempat lagi tu)...

Kawasan memang gelap gelita. Tidak ada lampu jalan pada laluan membelah hutan kecil itu. Tak nampak apa-apa melainkan suluhan dari lampu motor abah. Abah benar-benar mengharapkan akan ada kenderaan yang datang dari arah laluan abah atau pun dari arah bertentangan. Tapi tak de... tak de... ke mana kah semua manusia pada malam itu. Dah tidurkah semuanya.??? Awalnya??? sedangkan malam itu bukanlah malam jumaat... eh! opsssssss!!! - tak pe anak ku. Kau masih terlalu muda untuk faham tentang aktiviti-aktiviti sunat yang dilakukan oleh orang-orang seperti abah pada malam jumaat.... opsssssss!!!!

Motor abah terus bergerak pantas untuk segera menamatkan kawasan 'keras' tersebut... melalui jalan yang menuruni bukit dan lurus... di kawasan itu memang sering berlaku kemalangan maut kerana jalan yang landai menurun dan lurus memang seronok untuk memandu laju. Bulan puasa tahun lepas masa nak balik kerja abah pernah terserempak dengan satu kemalangan ngeri kat situ. Yang melibatkan sebuah motor dan sebuah kereta. Dua nyawa melayang. Abah sempatlah tengok mayat terguling kat tengah jalan ditutp dengan kain batik. Darah merah kehitaman di sana-sini. Dan bila abah balik ke rumah - barulah abah tahu yang meninggal pada kemalangan tersebut ialah orang tempat kita. Seorang budak muda 20 tahun bersama kakaknya. Anak Pak cik Halim yang rumah dia depan kebun tok ayah...

Bahagian 8:
Abah memandu terus sehinggalah akhirnya abah ternampak 2 biji cahaya merah yang semakin lama semakin abah menghampirinya.
Tidak anak-anak ku! janganlah engkau menyangka 2 bijik cahaya merah itu adalah cahaya yang datang dari mata naga penunggu hutan... Bukan.
Dan ianya juga bukan milik mata nenek kebayan yang boleh terbang menggunakan penyapu. bukan anak ku... bukan juga cahaya yang keluar dari mata keliwon, atau puaka niang rapik, atau kekasih ku seru, atau jangan tegur lagi mahu pun zombi kampung pisang... bukan.
Tapi abah lega sangat-sangat bila cahaya merah berdua itu datangnya dari sebuah kereta yang dipandu sederhana laju di hadapan abah. Memang lega...

Abah kini berada di belakang kereta berkenaan yang dsemakin lama abah rasakan semakin perlahan. Mungkin pemandunya mengantuk barangkali...
Kereta itu jenis lama. Wolkswagen pesen lama. Kalau tok ayah engkorang menggelarkan kereta tersebut sebagai kereta kura-kura...

Abah tidak pasti tentang warnanya, sebab gelap. Mungkin hitam, atau biru tua.. kelihatannya agak lusuh. Lampu motor abah hanya tertumpu pada bahagian belakang kereta berkenaan dan abah dengan jelas dapat melihat plate number kereta itu bermula dengan huruf C... ya, hanya C dan dituruti dengan 4 angka yang lain. Hmmmm... kereta lama ni. Tapi masih elok lagi berjalan pada kelajuan sederhana dan suluhan lampunya agak terang juga.

Bahagian 9:
Abah terus mengekori. Tapi menyedari pergerakan kereta berkenaan semakin perlahan. Kenapakah? takkanlah sebab namanya kereta kura-kura makan dia perlu bergerak seperti kura-kura?? Kalau begitu bagaimana kalau kereta itu diberi nama siput babi... takkan lah dia perlu bergerak seperti siput babi pula... kannn!!! hmmm, apa-apalah.

Abah masik pelik. sepanjang perjalanan melintasi kawasan belukar dan mula memasuki kawasan ladang sawit, hanya abah dan kereta itu sahaja yang berada di jalan. Ke manakan pergi kereta-kereta atau motor-motor lain. Rosakkah... Tunjuk perasaan kah... mogok lapar kahhh...

Abah pun melintasi kereta kura-kura berkenaan dan mula berada di depannya pula. Oleh kerana merasakan kawasan tersebut masih belum selamat, abah juga membawa motor dengan kelajuan sederhana juga supaya abah tidak meninggalkan kereta kura-kura berkenaan di belakang.
Melalui cermin sisi abah dapat melihat jelas cahaya dari lampu kereta tersebut...
Sehinggalah.... sehinggalah di hadapan abah terdapat kereta yang lain pula. Huh! ingatkan dah tak ada orang...

Kereta berada di hadapan abah hampiri. ia juga bergerak pada kelajuan sederhana. dengan suluhan dari lampu motor, abah juga boleh mengecam jenis kereta yang berada di hadapan abah itu. Abah kerutkan kening... Ianya adalah jenis kereta lama yang sama seperti kereta yang bergerak di belakang abah. Melalui cermin sisi, kereta di belakang masih lagi kelihatan bergerak pada kelajuan yang sama..
Kereta yang bergerak di hadapan abah itu abah perhatikan. Bentuknya sama seperti kereta di belakang.. warnanya juga sama (abah tidak pasti sangat sebab gelap), usangnya juga sama.

"Mungkin ada konvoi kereta kura-kura kot!!," abah memberi tanggapan.

Dengan bantuan suluhan cahaya lampu motor, plate number kereta itu juga abah dapat lihat agak jelas... seperti kereta di belakang, ianya bermula dgn huruf 'C' juga...
Tapi bila melihatkan 4 angka plate yang berikutnya, abah mula cuak... ada sesuatu yang tak kena... Bulu roma dan segala bulu yang lain tegak meremang... 4 angka plate number kereta itu juga sama dengan kereta di belakang abah.... Apakah???

Dan bila abah memerhatikan pada cermin sisi untuk melihat kereta di belakang, kereta yang tadi berada mengekori belakang abah tidak ada lagi di situ... ... ... Hah!!!


Ok! anak2 abah... abah dah pening ni. lagi pun ada kerja sikit nak buat. nanti abah sambung lagi ya...


Ok!! kerja dah selesai... jom abah sambung balik cerita yang konon2nya macam seram ni... kat mana kita terputus tadi. Ahh!! mcm kat atas tu...

sambung balik...

Bahagian 10:
Kereta yang dri tadi dok mengekor abah dengan kadar kelajuan kura-kura sedang berlari pecut dah tak ada lagi kat belakang... Apakah!!!
Abah mula gabra. Risau, runsing, cemas, gerun, seram, sejuk, ngeri, gemuruh... rasa takut tu jangan nak cerita lah.. Rasa semua darah dah tersirap naik ke muka.

"Ya! Allah... gangguan Syaitan kah ni.."
Abah terus membaca segala ayat-ayat yang abah ingat... segala doa semua abah baca... doa makan pun abah baca sekali kot. Ntah! abah memang kalut kacau bilau... mula-mula abah baca slow je, pastu mula jerit kuat-kuat... huhuh... takut siottt!!!

Abah mula membuat tindakan luar kawal. Memecut laju dalam kegelapan dan melintas kereta kura-kura tersebut. Ketika melintasi berselisih dengan kereta itu, abah langsung tak tengok ke arah kereta itu. Siapa pemandunya, atau apa pun pemandunya abah tak nak tahu... alah, kalau abah pandang pun bukannya nampak - pasal gelap kan...
Ketika itu abah mula terketar-ketar lutut. Pucat kot muka abah masa tu... rasa macam nak terbang je... memang gila punya laju. gila-gila punya laju...

Bahagian 11.
Dalam kekalutan memecut laju tu, abah benar-benar mengharap akan kewujudan kenderaan lain di laluan ladang itu... tapi masih tak de... tak de... tak de... diorang ni dah berpakat kot dgn pemandu kereta kura-kura tu. huh!
Sehinggalah, tidak berapa lama kemudian abah menghampiri sebuah kereta yang bergerak di hadapan abah. Legaanya Allah je yang tahu.. fuhhhhh!!!
Tapi!!!!
Tapi!!!
Tapi kan!!!
semakin kereta di hadapan abah itu abah hampiri, semakin jelas ia kelihatan melalui suluhan lampu motor...
Dan!!!
sekali lagi darah tersirap...
Masih lagi kereta woklswegan pesen lama.. bentuk sama, warna sama, lusuh yang sama... dan bila semakin hampir - plate number juga sama...!!!! kuang! kuang! kuang!!!

Ya! Allah!!... abah dah tak tahu perasaan takut jenis apakah yang melanda abah masa tu. Rasa mcm nak menangis. Tapi takde pulak rasa nak terkencing. kiranya abahnya kuat jugaklah kan. sebab ada orang tu, kalau takut sampai terkencing...

Bahagian 12:
Apa abah nak buat sekarang???... kenapa jalan ni rasa macam jauh sangat. Sepatutnya dah masuk ke kawasan kampung dah ni. Ko nak bawak aku pergi mana ni??

Abah mulanya nak memecut laju lagi untuk melintas lagi kereta kura-kura tu... tangan dan seluruh badan memang tengah menggigil. Terasa sejuk yang lain macam... segala ayat-ayat Quran untuk menghalau jin dan setan yang abah hafal semuanya abah tak ingat.

Dan abah teringatkan pesan tok ayah engkorang, "Ingatkan Allah! hati akan tenang!".. pesanan tu mula bermain-main dalam fikiran abah... Ingat Allah! ingat Allah! ingat Allah!!!... dan Alhamdulillah abah dan boleh berfikir secara normal semula... walaupun masih lagi tak tenang bila melihatkan kereta kura-kura itu masih di hadapan abah...

Bahagian 13:
Kemudian... Secara Spontan abah teringatkan engkorang berdua ana-anak abah... engkorang berdua... **errrr!! dekat mak engkorang abah tak ingat pulak tu - hadoiiii - kalau dia baca cerita ni mesti dia sentap** sorry yang!! abang tak sengaja.
Abah teringatkan engkorang berdua anak-anak abah. Abah teringat abah sekarang sedang dalam perjalanan pulang untuk menemui engkorang...
Abah teringat engkorang kat rumah jugak sedang menunggu kepulangan abah. Tiba-tiba abah jadi rindu gilerrrr kat korang.
Jadi!!!
Abah tak akan benarkan sesiapa pun untuk membuatkan engkorang menunggu abah lebih lama. Apatah lagi gangguan ini mungkin bertujuan untuk memisahkan kita... siapa tahu, dengan gangguan ini abah akan bertindak melulu sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini. siapa tahu!!!
Tidak!!! tidak ada sesiapa boleh pisahkan kita. tak kiralah apa pun yang cuba halang... kereta kura-kura ke, nenek kebayan naik penyapu ke, raksaksa ke, megatron ke atau what ever pun. Abah akan terus berjuang menjaga engkorang berdua sehinggalah sampai waktu Allah tidak mengizinkannya lagi... sampai tiba waktu itu jangan ada sesiapa cuba menghalang... ko nak halang, ko langkah mayat aku dulu...
Abah tiba-tiba bersemangat... Engkorang berdua memberi abah kekuatan...

Bab 14:
Abah mula melawan.
Hei kereta kura-kura. Aku sekarang sedang pulang untuk berjumpa anak-anak aku. Kalau kau rasa kau boleh halang aku... Jangan kau mimpi. Aku Makhluk Allah. Begitu juga kau. Allah mencipta bangsa aku lebih mulia dari bangsa engkau... Jadi kenapa aku mesti akur dengan permainan engkau. Allah lebih menyayangi aku berbanding engkau.. Jadi semestinya Allah akan bantu aku... (kenapakah perenggan ni kedenganrannya begitu skema)...

Kalau nak main-main kan aku !! fine! jom...


Bab 15:
Abah mula terkawal. Abah mula memecut kembali dengan laju tapi dengan pemikiran terkawal dan tidak kacau bilau. Abah mula ingat segala ayat-ayat menghalau setan seperti yg abah dah hafal...
Nak merempit!! jom kita rempitttt!!!!!!!

Abah melintas sekali lagi kereta itu, dan sekali lagi kereta itu berada di hadapan abah. Dan abah lintas lagi sambil tak henti-henti meminta bantuan Allah. Sehinggalah pada akhirnya, abah melihat satu cahaya dari tiang lampu jalan. dan kemudia ada lagi... dan lagi... dan kemudiannya beberapa buah kereta kelihatan datang dari arah bertentangan. Lega! kerana kereta-kereta itu bukanlah dari jenis kereta kura-kura berwarna gelap berplate mula dengan huruf 'C'...

Alhamdulillah...Syukur... Bila di bahagian hadapan mula kelihatan bukit-bukau dari kejauhan berwarna biru gelap dan di atasnya terdapat bulan bulat yang terang... **ke manakah ia menghilang sebentar tadi**

Epilog:
Abah sampai dengan selamat...
Umi membuka pintu.
"Budak berdua tu dah tidur??"
"Belum lagi bang!!"
"Uih! tak tidur lagi??... dah lewat ni!!"...

Abah menerpa pada engkorang yang sedang leka bermain dengan permainan lego di depan tv yang terpasang. Abah peluk engkorang berdua kemas-kemas... macam tak mahu lepas... terharu, gembira macam dah lama sangat kita tak jumpa. rasa bagai mahu menangis!!! mesti engkorang pun pelik kan... "dah buang tebiat ke abah aku ni??"

Syukur kepada Allah... Abah masih diberi peluang untuk menjaga engkorang...
Syukur Ya Allah...