Wednesday, October 13, 2010

Seekor ayam, 2 orang budak lelaki kecik, sorang isteri dan seorang suami....

Dulu-dulu.. bila mak tanya, kau tak nak sambung belajar lagi vict... aku dengan konfidennya akan jawab... "Tak pelah mak!, bagi lepas semua adik-adik yang lain dulu, pastu vict sambung lah semula"... dan aku merasakan tu adalah satu jawapan yang agak luhur lahir dari hati yang ikhlas (ikhlas tak ikhlas dulu)...

Kemudian bila ayah aku tanya soalan yang sama... aku pun dengan konfidennya akan bagi jawapan yang sama jugak.
Tapi kalau ayah aku bagi soalan yang sama dengan intonasi yang berbeza, aku mungkin jugak akan berikan jawapan yang sama tapi dengan intonasi yang berbeza... emmmm. jawapan selalunya akan sesuai ikut situasilah.

Kemudian seorang demi seorang adik aku dah lepas... errrr, maksud aku dah tamat mengaji.. errr, maksud aku sekali lagi dah tamat study... tinggal yg last sekarang yang bongsu ambik SPM tahun nih.

Lalu apa lagi alasan aku bila ditanya dengan soalan yang sama..
emmm..emmm..

ok!
Biar aku buat sikit kesimpulan.
yang sebenarnya, sejak dari dulu sampai kini pun, jawapan yang paling tepat utk soalan-soalan sebegitu ialah "Aku tak ada masa"... (baca as: MALAS)...

Jadi bila ada antara orang-orang terdekat dengan aku dah mula melangkah dengan berani dan semakin jauh tinggalkan aku menuju ke puncak kinabalu, kemudian ke puncak everest, kemudian sampai ke angkasa sekali pun, adalah tidak wajar sama sekali untuk aku cemburu. Kerana mereka semua telah berusaha dengan gigih untuk mencapai puncak dan atas usaha kerasa mereka-mereka itu, mereka-mereka itu memang wajar untuk mencapai puncak lalu melompat-lompat keriangan di atas sana sesudah memacakkan bendera... dan aku tak akan mencapai puncak-puncak itu sebab aku sendiri yang tak ada masa (sekali lagi, baca as: MALAS).

Tapi tak apa...
Sebab masih ada perkara yang aku boleh banggakan tentang diri aku, bila ada antara orang-orang rapat dengan aku (atau lebih tepat - orang yang aku sayang) dah berjaya mencapai puncak-puncak itu.
Penat lelah dia... terbayar..
Penat lelah aku juga terlibat sama...

Aku tahu, bukan perkara yang mudah untuk seorang ibu yang baru melahirkan anak lelaki pertama dan sejak dari berhabis pantangnya sehinggalah anak itu telah berusia setahun (lebih).. terpaksa meninggalkan anak itu, walaupun berat kaki untuk melangkah.. ohhhh!! (Aku harap ayat2 syhadu mcm ni akan beri sedikit effect pada jiwa kau yang membaca)...

Lalu pada masa inilah pengorbanan seorang ayah@suami pula diperlukan untuk menutup semua kerunsingan di hati ibu yag baru beranak itu...

Seperti seorang super hero...

Dia wajib muncul menyelamatkan keadaan...

Seperti super hero?????... (Woww)...

***
jangan kau fikir ini adalah yang mudah ya... bila di waktu lewat malam, bayinya menangis.. rumitnya dia perlu susukan bayi (bayi-bayi) itu, sedang kan di masa-masa itu dia sedang mengarang tesis @ study sebab esok nak exam...

Oh simpatinya...

ada masanya tak dapat membantu...

sebab walau sehebat mana pun seorang super hero... andai dia seorang lelaki, dia tetap tak boleh lakukan apa yang seorang ibu perlu lakukan.... - menyusukan anak - guna susu badan... (kau boleh ke?...)

tapi itu cerita dulu... cerita hari tu...
kemudian bila si bayi tu dah menginjak umur, si ayah@si suami@ si super hero dah boleh membantu...
senyum bangga sebab boleh jugak menyusukan anak...

errrrr!!!

maksud aku bila susu-susu yang lain selain susu badan pulak dapat membantu...

maka setiap malam berikutnya, si ayah@si suami@ si super hero itulah yang mendodoikan bayi (bayi-bayinya) sambil menyanyi lagu tepuk amai-amai... atau lagu nenek2 si bongkok 3... atau pun kalau dah tengah malam sangat, sambil layan mamai mengantuk boleh pulak dodoikan pakai lagi Ziana Zain... sesekali tu lagu Faizal Tahir....sesekali tu Ning Baizura... (masa tu maher zain tak glamer lagi macam sekarang)...

Dodoikan sampai lena... atau pun, belum sempat apa-apa lagi, si bapak pulak yang lena dulu...

(aku tahu dia sedih bila anak-anak tak berapa rapat dengan dia)...

Ok! kau tak payahlah tanya, banyak mana masa kena korbankan... duit gaji... tenaga jugak... (tenaga batin jugak sekali sekala)...

Tapi semuanya sangat berbaloi... penat lelah dia, dan penat lelah aku... masa-masa dia dan masa-masa aku... duit-duit dia dan duit-duit aku, tenaga zahir dia dan tenaga zahir (dan sedikit batin) aku... Usaha-usahanya sejak beberapa tahun kebelakangan ni, semuanya membuahkan hasil. Dia telah mencapai puncak impian...

Sungguh! aku tumpang bangga, dengan rasa bangga yang sangat-sangat...

Bilamana... sejak berapa hari yang lepas

dengan rasminya...

dia dah memiliki MASTER

cuma akulah yang masih melangkah dgn degree yang tak seberapa tu (tiba-tiba rasa diri mcm kecikkk je kat tepi bini)...


tahniah untuk isteri ku...
20 kuntum mawar merah untuk mu... dan 2 ekor teddy bear untuk baby-baby berdua tu - sebab mula-mula nak beli teddy bear tu utk isteri, tapi budak2 tu pulak dok berebut... nak tak nak kena beli sekor lagi... ta **tak pe lah, pikir-pikir balik, tak payahlah beli teddy bear utk isteri aku, sebab aku tahu dia dah ada teddy bear yang lagi sedap buat peluk.. Ngeeeeeeeee**

Ahhh... aku dah boleh tidur lena semula


p/s: aku rasa pasal tajuk entri tu, ceritanya akan aku ceritakan pada entri berikutnya.... yang ni baru intro
- kau dapat tangkap tak apa maksudnya...



2 comments:

fyzi said...

tahniah

kin said...

Malas?! Meh sini!
Nak kena piat telinga tu.
(bunyi macam emak-emak)