Ah! kerumitan mula terasa... *jgn definasikan ini sebagai keluhan**.. maksud aku, kau akan faham maksud aku kalau sekarang kau sedang punya anak lelaki (yang comel) yang sulung (yang comel) dan kembar (yang comel) yang kedua-dua mereka punya sikap yang berbeza. berbeza yg benar-benar berbeza walaupun punya rupa paras yang serupa yang ada masanya aku sendiri keliru memanggil nama si abang sebagai si adik... atau panggil si adik dgn nama si abang... yeah!. - masalah-masalah asas bila berhadapan dgn budak kembar. walau pun hal yang macam ni tak sepatutnya berlaku pada seorang ayah...tapi sila maafkan aku, ini pengalaman pertama..
rutin bertukar sepenuhnya.. maksud aku, kau akan faham maksud aku sekiranya kau sedang melalui satu pengalaman pertama bila kau sedang bersolat berjemaah waktu maghrib dengan isteri - tiba-tiba si anak yang baru tadinya sedang asyik lena - muncul di depan sejadah, berdiri sambil merenung sayu ke arah wajah mu yang terpaksa membuatkan kau terpaksa berdiri lamaaaaaaaaa (sambil tahan ketawa) sedangkan waktu itu kau sepatutnya telah sujud - menunggu si anak (tidak pasti si abang atau si adik) beralih ketepi dari tempat sujud, dan seorang lagi (juga tidak pasti si abang atau si adik) sedang menarik-narik kain pelikat. *tidak berjaya dilondehkan kerana hanya seorang yg terlibat, aku kira kalau kedua-dua mereka berusahasama menarik kain pelikat yang aku pakai ketika itu - jawapannya, memang nahas*
ok!.. aku maksudkan, kau juga akan faham maksud aku kalau sekarang, kau dengan isteri tidak lagi sembahyang Isyak berjemaah seperti selalu... untuk satu jangka waktu yang agak panjang. kau akan tetap bergilir-gilir walaupun si hero berdua itu sedang tidur. untuk mengelakkan ketika sembahyang berjemaah itu tiba-tiba kau terdengar suara isteri kau mengekek-ngekek ketawa bila anak terunanya itu tiba-tiba menyusup masuk kedalam telekung dan terus duduk atas riba.. pengalaman mendewasakan. kann..
Ok!... aku maksudkan, kau juga akan faham maksud aku kalau sekarang kau sedang lalui pengalaman pertama, terpaksa memindahkan juga semua perhiasan-perhiasan (kecil dan besar) yang berada pada kedudukan yang rendah ke tempat yang lebih tinggi, atau sesetengah nya terus dikotakkan kembali...
OK!, aku maksudkan... errrr, tak payahlah aku bagi contoh satu persatu barangkali kan. Pun begitu aku pasti kau tetap anak faham.
Aku mengeluh??... tidak, aku tidak...
okey! aku bohong... ada beberapa kali jugak aku mengeluh..
*yang aku maksudkan dgn beberapa kali itu ialah banyak kali*
*yang aku maksudkan dgn beberapa kali itu ialah banyak kali*
Mak pesan, jangan pernah mengeluh dengan suasana yang kau lalui sekarang.. mak pesan lagi, sebab satu masa nanti kau pasti akan merindui saat-saat manis ketika anak-anak yang sedang nak besar ni berdiri dan tarik-tarik kain pelikat masa kau sembahyang... Detik-detik indah ini satu masa akan berlalu jugak.
Benar! belum sempat waktu itu tiba pun, aku sekarang sedang merindui waktu anak-anak aku itu mula meniarap, dan belajar merangkak dulu... sungguhh!!!
spot the difference
orang kata, kalau dah mula rindu kembali kerenah anak-anak waktu kecik mereka, kau perlu buat anak yang lain pulak supaya kau dapat lalui waktu itu sekali lagi...
dan aku setuju dengan pendapat tu... ngeeeee....
dan aku setuju dengan pendapat tu... ngeeeee....
3 comments:
teringin nak ada anak kembar juga.
haha
rumit! tapi sungguh, itu adalah pengalaman yg sgt indahhh... kau tak akan pernah menyesal sama sekali dgn kerumitan tu...
kahwin segera, isyaAllah nanti dpt anak kembar jugak... :)
Post a Comment